Cerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama.
Iqwal Azeem VS Airis Qaisara
Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker
*Qaisara tu nak taip macam panjang sangat jadi dah ditukar kepada Airis. Mohon jangan konfuse eh. ^^
***
"LEWAT 20."
Merengus keras. Berpeluk tubuh sambil tayang muka menyampah.
"Tudung singkat 10."
Guling biji mata ke atas. Sebenarnya dah lama dia tak pakai tudung tu. Tapi disebabkan dia dah lambat dan semalam dia tak berapa cerdik untuk iron tudung lepas waktu prep jadi dia capai tudung mana yang ada.
Alah! Singkat sikit dari yang biasa je pun! Masih dalam situasi tutup dada.
"Stoking bercorak 10."
Lipatan dibahagian pinggang dikurang satu, melabuhkan kain sedikit. Pun sama, dia capai mana stoking yang ada depan mata.
"Tak pakai tag nama 10."
Teringat akan sesuatu, dia terus buka zip beg sekolah. Tanda nama warna biru diseluk keluar dan disemat di bahagian kiri tudung. "Done."
Proses penelitian atas bawah pada budak perempuan depan dia sekarang ni tergendala sekejap. Mata jatuh pada tab ditangan. Pemberian demerit pada kotak 'tanda nama' yang tertera dalam portal laman web sekolah dibatalkan.
"Dah? Dah puas demeritkan orang? So, aku dah boleh masuk dewan sekarang?" Dengan muka yang langsung tak mesra alam, dia menembak soalan.
Fokus dialih dari muka si pelajar yang melanggar undang-undang sekolah ke arah penolong dia. Soalan-soalan Airis itu dibuat gaya angin lalu hujung telinga. "Ain Aqilah."
Qilah yang sedang gigit jari dibelakang Airis jadi tersentak.
"Ya, aku." Sebolehnya dia mengelak dari melawan pandang dengan manusia yang punya jawatan lebih tinggi dari dia di sekolah ini.
"Cover kawan 20."
"W-wei!"
"Tak amanah 30."
"Jim! 50 tu! Kau apehal tak aci sangat ni?" Qilah dah mengomel geram, tak puas hati. Panjangkan tangan untuk rampas tab yang berukuran lapan inci hak milik sekolah itu namun gagal! Kawan 'seperjuangannya' itu lebih pantas bertindak. Tab dibawa ke belakang badan.
"Peraturan tetap peraturan, my trustworthy assistant. So please play fair." Habis ayat-ayat jelas beraurakan sarkastik itu dititip, Iqwal bergerak menuju ke arah pintu utama dewan sekolah.
"Nehi... kabhi nehiii..." Luluh suara Qilah dengan kejadian yang menimpa dirinya.
"Heleh! Setakat 40 demerit apa ada hal, bro? Aku dah sain kontrak dengan makcik DM lah wei. Lapan kali cuci DM aku dah boleh tebus merit balik. Buat penat je kau isi borang kesalahan aku! Poyo!" Walaupun Iqwal dah masuk dewan, Airis tetap nak membebelkan ketua pengawas berhati batu itu. Dapat juga dia luah perasaan yang terpendam.
Perasaan sakit hati!
Oh ya! Kejadian Airis lambat ke sekolah dan ditangkap oleh Iqwal bukanlah kali pertama.
Kejadian Iqwal mendaftar kesalahan dia dalam laman portal sekolah juga juga bukan kali pertama.
Dah banyak kali dia kantoi dengan lelaki itu. Cuba periksa rekod kesalahan yang ada tu, memang nama Airis Qaisara Binti Ahmad Syauqi yang paling banyak. Boleh dikatakan dalam seminggu paling kurang dua kali laporan 'jenayah' atas nama dia akan disubmit di bahagian disiplin pelajar.
Dan tukang submit itu tak lain tak bukan adalah Iqwal Azeem Bin Awalludin. Manusia yang paling Airis 'sayang' kat sekolah ni. 'Sayang' sangat sampai dia selalu ada tanam niat nak tembak lelaki itu dengan sniper yang paling mematikan dalam dunia. Knight Armament M110!
Suara rintihan Qilah dalam bahasa asing itu mengundang perhatian penuh dari Airis. Bahu Qilah ditepuk perlahan. "Kau pun tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham jugak ke?"
Okey. Nampaknya dia dah salah bual. Ternyata Qilah tak rasa teruja dengan soalan dia. Airis sungging senyum. "Tabahlah, beb. So, kiranya aktiviti aku cuci DM petang ni bertemanlah eh? Yes! Ada geng!" Ketawa pecah dihujung ayat.
Ketawa acah langsuir dari Airis terus mati bila Qilah dengan tanpa bincang memanah dia dengan satu jenis pandangan maha maut!
Barisan susunan gigi putih bersih dipapar lebar bila dia mengambil tindakan untuk menyengih. "Relaks, Qilah... relaks. Lupa nak kabor. Haq kirim salam!"
"Wei! Seriuslah!?"
Riak jenis saka-ngidam-cendol diwajah Qilah serta merta terhapus. Berganti dengan gaya muka wanita paling bahagia dalam dunia. "Seriuslah!?"
Duh!
*****
*To Be Continued
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.