"Hah, Azeem... kamu datang sini kenapa?" Riak bengis Pak Hitler berubah saat dia menyapa ketua pengawas sekolah yang sememangnya semua tahu menjadi kesayangan para cikgu.
"Saya dengan Wafiy datang nak pulangkan buku ni kat tuan dia." Tenang, Iqwal mengatur ayat.
Oh ya, dia bukan datang seorang. Dia datang berteman. Dan teman dia adalah Wafiy dimana ketika ini sedang mengumpul keberanian menghadap Pak Hitler.
"Siapa?"
"Airis Qaisara."
Airis tayang mula blur apabila sebuah buku rujukan fizik dihulur ke arah dia. "Uh?" Muka Iqwal dipandang dengan rasa hairan.
Tapi yang lagi menghairankan, celah bila budak poyo tu tukar baju, tukar imej? Rasanya tak sampai satu setengah jam yang lepas dia buat deal dengan mamat tu.
Baru je mereka bertemu secara tak sengaja di dataran tadi, tiba-tiba Iqwal dah berubah penampilan. Dari Jimmy vokalis Random Bullet yang menyisir rambut jatuh ke dahi, memakai topi, berkaca mata bingkai tebal serta memakai baju gaya indie band sambil memeluk gitar kepada Iqwal Azeem si ketua pengawas sekolah kegemaran ramai tolak Airis yang sekarang ni hanya mengenakan t-shirt asrama dan track suit.
Tak ada cermin mata. Tak ada topi. Tak ada gitar. Gaya rambut pun dah berubah. Tersisir rapi macam budak sekolah yang biasa.
Sungguhlah Airis pelik. Dia cuba nak menghantar bahasa isyarat bertanyakan apa yang berlaku sekarang tapi budak lelaki itu langsung tak memandang dia. Sombong!
"Tadi lepas prep kitorang jumpa buku ni kat kat kantin. Kau keluar pergi kelas cari buku ni kan?" Celah Wafiy bila pandangan bertanya milik Airis beralih ke arah dia pula.
Airis masih tak dapat tangkap apa yang cuba dilakukan oleh dua manusia itu. Bila masa buku rujukan fizik dia hilang? Bila masa dia pergi kelas cari buku tu? Dan kenapa dua manusia tu boleh muncul depan dia dalam saat genting serupa ini?
"Ooh! Patutlah kemain lama kau cari tapi tak jumpa. Diorang dah tolong simpankan." Tak menahan, Mira menyampuk laju. Huluran buku tebal itu disambut.
Qilah yang berdiri di baris paling hadapan, pantas berdiri. "Tahu tak betapa risaunya si Qai ni bila buku subjek kesukaan dia hilang? Sampai sanggup keluar pergi sekolah mencari time macam ni?"
"Kenapa tak ada siapa pun bagitahu saya yang si Airis pergi cari buku tu masa saya panggil nama dia tadi?"
Soalan cepu-cemas itu buatkan Qilah gigit lidah. Mencari apa alasan yang boleh dia goreng lagi. Airis memang dah terdiam terus bersama riak keliru yang tak boleh diselindung.
Dia perasan mata sahabatnya itu tak lepas-lepas dari merenung dua figura yang tiba-tiba muncul. Sebenarnya Qilah sendiri pelik kenapa dua Iqwal dan Wafiy buat kemunculan mengejut sekaligus berperanan sebagai hero buat sahabatnya itu. Bibir dia gatal je nak bertanya apa motif dua manusia itu. Tapi dia cuba bersabar. Esok kat sekolah kan boleh tanya?
"Tak, cikgu..." Mira mencelah lagi. "Tadi Eri dengan Aki dah bagitahu Qai pergi keluar pergi depan. Tapi mungkin suara diorang perlahan jadi cikgu tak dapat dengar." Ayat diatur dengan penuh teliti, menyembunyi rasa risau yang menggunung.
Mahunya tak risau? Dia tengah membohong Pak Hitler kot. Kalau kantoi wajiblah dia dengan Qilah join Airis merempat kat luar asrama. Tak pun sama-sama kena gantung sekolah. Wuih seram!
Pak Hitler berpeluk tubuh memerhati lima kepala yang sedang berdiri disebelah dia. "Baiklah. Tapi... peraturan tetap peraturan. Tak kisahlah atas alasan apa sekalipun, tanpa pengetahuan warden, awak semua tetap tak boleh keluar dari kawasan asrama selepas pukul 10.45 malam. Jadi Airis Qaisara..."
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker