📏[28] Manusia Poyo📚

413 28 6
                                    

"QAI, kau nak ikut pergi student mart tak ni?" Eri yang baru balik dari sidai baju di ampaian bawah, bertanya. Qai dilihatnya sedang bermalas-malasan di atas katil buatkan dahinya berkerut. Ingat dah siap. Boleh pulak kawannya itu bergolek macam ikan paus.

"Nak! Nak!" Cepat-cepat dia bangun dari baring. Smartphone ditangan dicampak ke atas tilam.

Buka almari, dia capai sehelai sweater lengan panjang lalu disarung dengan ringkas. Sambil dalam kepala sedang mengingatkan balik senarai barang yang nak dibeli di mini mart sekolah sekejap lagi.

Hari ni hari Sabtu dan minggu ni pulak para aspura dan aspuri dibenarkan untuk outing. Jadi sebab tu la suasana asrama agak hambar. Dorm mereka pun tak meriah macam selalu disebabkan Aki, Leya, Qilah dan Mira pukul lapan dah bergegas berlari ke tapak menunggu bas. Semangat masing-masing nak pergi pekan untuk berjimba.

Dari minggu lepas lagi mereka beria ajak Eri dan Qai tapi si Eri tak dapat join sebab tengah hari nanti family dia datang melawat. Begitu juga dengan Qai. Sanggup tak join budak berempat tu makan Johnny's harini disebabkan dia dah terlebih dulu pasang janji dengan sepupu kembarnya, Aiden dan Airel. Lelaki-lelaki perasan kacak itu ajak dia pergi melawat Ayah Chik mereka yang telah dimasukkan ke hospital kerana terkena serangan jantung dengan tiba-tiba.

Dia capai pula tudung bawal yang sudah siap ada pin dibawah dagu dari sebelah katil. Dengan mudah disarung ke kepala. Lipatan dibuat dikiri dan kanan sisi pipi. "Jom!' Dah menuju ke pintu dorm, dia gamit Eri yang sedang ternganga perhati dia.

"Perrghh! Laju kemain kau siap."

"Well... aku tak suka buat orang tunggu."

Gulp! Eri telan liur. Rasa 'deep' pulak. Tadi dia bebel sebab dilihatnya Qai dok nganga atas katil lagi. Sekarang dah terbalik. Dah jadi Qai pulak kena tunggu dia. "Jap. Gimme five minutes. Aku nak pakai deodorant letak bedak muka sikit and pakai tudung." Kata dia, terus letak baldi kosong ditangan sebelum disepak ke hujung dinding.

"No worries, beb. Take your time." Titip Qai yang dah berdiri di luar pintu dorm. Selipar dari rak sebelah pintu disarung lalu langkah mula diorak. "Aku turun bawah pergi tekan air dulu. Kau nak tak?"

"Soya." Tudung dicapai dari dalam almari. "Thank you."

"Baikkk..." Respon dia lagi sebelum meniti anak tangga dan hilang ke aras bawah.

Sampai di mesin tekan air yang terletak di simpang tiga antara laluan ke sekolah, asrama perempuan dan asrama lelaki Qai hela nafas lega. Yang lega tu bukan apa, biasa mesin air ni tak pernah kosong tanpa pelanggan. Selalu aje kena beratur tunggu giliran. Nampaknya hari ni tak. Tuhan permudahkan jalan dia untuk minum nescafe mocha tanpa sebarang gangguan. Sampai-sampai aje dah boleh tekan.

Laju aje tangan bergerak memasukkan duit kertas dan syiling pada vending machine air dekat depan dia lalu air pertama yang ditekan adalah soya untuk Eri. Menerima bunyi dentuman sekali tanda air yang dibeli sudah turun ke pick-up box, dia mengulang semula dari langkah pertama. Dua keping not seringgit dan tiga keping syiling dua puluh sen dimasukkan ke dalam slot duit. Keypad ditekan dengan kod pin yang dikhaskan untuk nescafe mocha. 012.

Ditunggu. Tapi tak ada sebarang bunyi.

Jari telunjuk bergerak, menekan tiga nombor yang sama buat kali kedua.

Ditunggu lagi. Pun sama tak ada apa-apa petanda yang menunjukkan air pilihannya berjaya dibeli. Pick-up box masih sunyi.

Mata mengerling pula bahagian skrin display. "What the heck?" Spontan bibir melagukan sumpah bila dilihatnya angka Rm2.60 pada display screen sudah hilang. Dan itu menandakan bahawa mesin air ni berjaya telan duit dia secara buta gitu aje. "Wei! Wei! Mana air aku!?" Terkumat kamit dia membebelkan mesin yang tak bernyawa itu. "Banyak cantik muka kau telan duit aku." Nafas ditarik dan dihembus dengan panjang. Menepuk-nepuk kepala sendiri, dia mengomel lagi. "Sabar, Airis Qaisara...sabar. Jangan jadikan vandalisme sebagai budaya." Hanya tuhan aje yang tahu betapa dia tahan diri dari membelasah vanding machine besar gedabak dekat depan dia itu.

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now