AIRIS mengemas buku-buku tebal yang terbuka di atas meja makmal depan dia. Selesai bahagian itu, dia capai pula segala pen dan highlighter yang berterabur lalu dimasukkan ke dalam bekas pensil.
Waktu Biologi dah tamat. Lepas ni waktu Matematik Tambahan pula. Mata dia memerhati sekeliling. Seorang demi seorang rakan kelasnya meninggalkan makmal.
Pandangannya terpanah pada Cikgu Akif yang berada di mejanya. Bibir bawah digigit perlahan sambil otak membuat pertimbangan. Airis sedang berfikir sebenarnya. Samada mahu meneruskan niatnya atau tidak.
"Qai, jom." Eri membetulkan susunan buku teks dan buku rujukan didalam pelukan.
"Taknak balik kelas ke, wei?" Pawa pula menegur dari belakang. Hairan dia bila tengok Airis tak berganjak dari tempat duduknya.
"Korang pergi dulu. Aku nak jumpa cikgu jap."
"Hmm, okey ah. Tapi jangan lelama. Mohon sedar Cikgu Faizah anti orang tak punctual." Leya disebelah Pawa sukarela memberi peringatan sebelum mengorak langkah menuju ke arah pintu.
"Jangan lambat!"Eri menitipkan pesanan tegas seraya membontoti langkah Leya dan Pawa yang sudah ke depan.
Bukan apa, dia tak mahu kawannya itu tempah demerit lagi. Dah la nilai denda yang ada kemain menggunung. Kalau ye pun nak buat hal, biarlah 'sejuk' dulu.
Lepas menghantar kepergian dia orang budak perempuan itu dengan pandangan, perlahan-lahan dia menapak ke arah lelaki berdarah kacukan melayu-india yang berada di meja guru itu. "Err... cikgu kacak."
Cikgu Akif mengangkat muka dengan laju dari buku catitannya. "Ya, Airis. Ada apa?"
Duh! Dia rasa macam nak pitam lepas Cikgu-Acah-Varun-Dhawan itu mencerlungkan matanya. Inikah yang dikatakan terkena panahan arjuna?
Wajah persis hero hindi idaman itu buatkan matanya membulat. Terkesima dengan keindahan ciptaan tuhan.
"Ya, Airis Qaisara...?"
Zapp! Lamunan khayalan terhenti. Nama penuhnya yang baru meniti di bibir merah guru lelaki itu menarik fikiran waras Airis ke alam realiti. Sumpah Kacak!
Jangan,Qai jangan! Jangan buat pasal! Cikgu Akif dah nak kahwin bulan depan. Hatinya berdesis sendiri.
"Err...cikgu, saya nak tanya."
"Tanya apa tu?"
"Cikgu taknak tunggu saya habis belajar ke?" Suara Airis separa berbisik.
Dan itu membuatkan Cikgu Akif membawa kepalanya ke depan. "Apadia? Kuat sikit saya tak dengar."
Airis hela nafas lega. Reaksi guru muda itu membuktikan soalan Airis tadi tak sempat menyinggah di pendengarannya dengan jelas. Kalau tak, tak tahulah jenis respon yang macam mana dia akan terima.
"Tak. Saya tanya cikgu... ada kerja apa-apa tak yang cikgu nak suruh saya buat? Saya nak topup merit. Eheee..." Airis menyengih lebar, mempamerkan susunan gigi yang putih bersih.
"Awak buat masalah apa pulak kali ni, Airis?" Memicing matanya merenung Airis yang masih tak hilang sengihan itu.
"Tolonglah cikgu. Tak banyak pun merit yang saya nak. Lapan puluh je."
"Lapan puluh?" Dari memicing, mata guru Biologi itu terus terbuntang. "Dah tahap kritikal macam tu awak cakap tak banyak?"
"Cikgu, pleaseeeee... Kalau cikgu tolong saya kali ni, saya janji saya akan skor A+ untuk subjek cikgu."
Kata-kata seakan janji itu diterima dengan dua kali gelengan. "Kamu ni kan... ada je masalah yang nak dibuat. Duduk diam-diam ikut peraturan tak boleh ke?"
"Masalahnya cikgu, demerit kali ni bukan sebab saya yang buat masalah."
"Dah tu?" Kening Cikgu Akif terangkat sebelah.
Airis pamer riak mendung-awan-berlabuh. "Saya diberi masalah itu tanpa rela."
"Uh? Maksudnya...?"
Dia menunduk. Monolog dalaman mula dibuat. Maksudnya, sekarang hutangnya pada Iqwal Azeem sudah terlangsai. Disebabkan semalam ketua pengawas tu dah jadi savior dia tanpa salam, jadi deal dia dengan lelaki itu tentang Random Bullet serta merta terbatal. Dua-dua jadi seri. Sudah tak terikat antara satu sama lain.
Makanya walaupun tak keluar dari bibir si musuh, faham sendirilah dia akan persetujuan Iqwal untuk menyertai group reka cipta sekolah terhapus terus. Mahu atau tak dia wajib hadap demerit yang bakal diberikan oleh Cikgu Zahin.
"Saya bercakap dengan awak, boleh pulak awak pandang kasut sendiri?"
Tersentak dengan teguran itu, Airis terus angkat muka. Barisan gigi disusun menghasilkan satu sengihan. "Jadi cikgu... on tak on?"
Guru muda itu memicingkan mata. Sambil jari menguis dagu dia berkata, "Minggu ni saya tak ada apa tugasan yang nak diberi kepada awak. Rasanya minggu depan mungkin ada. Mengecat makmal Fizik dan Kimia dua aras ni."
"Okay, cun. Sampai masa cikgu roger-rogerlah saya. Dengan rela hati saya akan buat."
"Heh! Rela lah sangat." Dia buat rolling eyes lepas dengar kata-kata anak muridnya itu. "Padahal terang-terang nak cover demerit."
Dan buat yang kesekian kali Airis menyengih. "Eheeee..."
*****
#Hi guys! Let me introduce you to my Varun Dhawan. Tadaaaa...Kacak bukan? ^_^
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker