ERI berdecit kuat. "Jangan ah dia buat kerja gila!"
"Kau pun fikir benda yang sama ke?" Tak berkelip Aki pandang Eri.
"Hah, sudah!" Leya picit pelipis yang berselindung di balik tudung. Macam boleh agak apa yang berada difikiran dua manusia itu.
"Wei Qilah. Betul kan hari ni hari Isnin?"
Soalan dari Eri itu buat kening Qilah berkerut. "Kau nak aku bentang kalender ke?"
"Aku nak kau cakap yang menu breakfast hari ni berubah, tolong." Aki dah bergayut di lengan penolong ketua pengawas itu.
"Kau dah kenapa? Tiap-tiap minggu menu kat DM(dewan makan) tu sama je lah. Dari tahun lepas lagi. Still hari ni murtabak ayam dengan hot coklat. Macam bia- Allahu!" Hapus kerutan pada dahi dengan lagak hilang ingatan dari kawan-kawan, wajah Qilah berubah. Jadi cuak balik. "Korang! Murtabak ayam!"
"Haah. Favourite Qai." Leya tayang muka pasrah.
Aki peluk tubuh."Yang buat dia tak kesah kalau kena demerit sebab lambat pun."
"Haih! Minah sorang tu laaaa..." Eri-Qilah bergabung keluh.
"Lagi dua minit wei. Korang pergi masuk dewan dulu. Qai aku cover."
"Takpe ah. Kitorang tunggu dia."
Qilah jatuh rahang. "Wei. Takkan aku nak cover empat orang sekali? Kantoi ah nanti. Jangan degil! Pergi masuk sekarang!"
***
"BEST lah kak Iqin ni. Siap simpan lagi murtabak untuk Qai. Ni yang nak buat kak ipar ni." Walaupun mulut penuh dengan murtabak, dia mahu juga bercakap.
"Cepat Qaisara. Karang gate tutup naya je. Nak tolong Kak Iqin cuci DM lagi ke petang ni?" Gesa Kak Iqin, menolak bahu Airis yang kini sedang duduk bersila gerbang pintu dewan makan.
"Jap la kak. Yang kat tangan ni belum habis lagi."
Kak Iqin menggeleng. "Buruk benar anak dara makan depan pintu."
"Malas nak tanggal kasut." Balas dia sebelum menyumbat suapan terakhir ke dalam mulut.
"Senonoh sikit makan tu." Tegur wanita yang berumur dua puluh enam tahun, anak kepada pemilik tender dewan makan sekolah itu. "Nah, minum ni. Sumbat macam tu sekali. Tak takut tercekik ke?"
Air coklat panas yang dihulur, diambil dan diteguk sekali harung.
"Astaghfirullah..."
Proses menelan dibuat dengan pantas. Dia menyengih pada Kak Iqin."Thanks kak. Jumpa balik sekolah nanti." Cawan kosong dipulangkan semula. Dengan baki dua minit yang tinggal, pecutan ala Usain Bolt dibuat.
Dia kini sudah melepasi lencongan terakhir bangunan asrama untuk sampai ke pintu pagar sekolah.
"Qai! Cepatlah!"
Melihat Qilah yang sedang bergayut di tembok pagar buatkan dia tersenyum. "Qilah! Ailebiuuu!!!" Kewujudan budak perempuan bermata bulat itu dipandangan buatkan dia yakin yang markah merit dia pada hari ini akan selamat.
Lebih kurang enam langkah yang tinggal untuk dia menjejak kawasan sekolah.
Lima.
Empat.
Tiga.
Dua.
Sa-
"Woi!" Tertutupnya pintu pagar sekolah saat baki langkahnya cuma hanya satu, mendorong Airis terkedu hebat.
Sekujur badan manusia yang tiba-tiba muncul di sebelah Qilah mengundang rengusan keras dari dia.
Dua mata bertembung.
Sorang pamer muka tak beriak.
Yang sorang lagi panah pandangan maut.
Jeriji pagar digoncang. Dengan pandangan tak beralih, Airis menjerit. "Jangan biadap sangat, Iqwal Azeem!!"
*****
*To Be Continued
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomansaCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker