"KAU quarter pounder with coke dan kau... chicken foldover plus milo?" Jari telunjuk Haq dihala ke arah Wafiy dulu sebelum beralih pula kepada Iqwal yang baru balik dari bilik air.
"Correct!" Wafiy angkat ibu jari manakala Iqwal cuma mengangguk. Mengiyakan menu makanan yang mereka titipkan kepada Haq itu.
Hari ini hari Sabtu. Juga merupakan hari kebebasan untuk para pelajar. Hari dimana semua penghuni asrama Kolej Wira Bakti dibenarkan untuk outing. Semua pelajar kecuali Wafiy dan Iqwal.
"Tu je?" Celah Luq yang kini sedang berdiri di hadapan cermin. Pomade- Gatsby warna biru dicalit sedikit dari pada telapak tangan lalu diratakan pada rambut.
"Korang pergi Watsons tak?" Wafiy bertanya dari atas katil.
"Pergi. Deodorant aku dah nak habis." Haq membetulkan kolar kemeja rasmi untuk aktiviti outing dileher. "Kau nak kirim apa?"
"Cleanser."
"Brand?"
"Nivea."
"Yang Pearl White tu ke?" Soalan dari Luq itu mengundang ketawa dari tiga kepala. Sekaligus menjadikan suasana di dalam bilik yang dihuni oleh empat orang itu riuh rendah.
"Tu untuk perempuanlah, gila." Wafiy menjegil luas. "Nivea Men. Deep clean. Macam ah tak pernah tengok aku pakai cleanser apa."
"Manalah tahu kut-kut kau nak tukar selera." Luq sambung katawa di hujung ayat. "Kau, Jim? Bukan ke shower gel kau dah habis?" Tanya dia kepada Iqwal yang dah duduk di atas katilnya yang terletak di bawah katil Wafiy.
"Nevermind. Malam karang aku beli sendiri." Balas Iqwal mencapai gitar kapok miliknya yang berada di hujung kaki katil. Sekali petikan dibuat, menghasilkan satu bunyi.
"Malam ni?" Larian jari-jemari Luq pada rambut terhenti. Laju dia menoleh mencari muka Iqwal. "Kau nak fly lagi ke malam ni?"
"Aku ada performance kat BB malam ni." Terasa macam kord agak lari, dia mula bermain-main dengan tuning peds.
"Serius ah, Jim? Bukan kau dah dua tiga bulan resign dari menjadi Jimmy ke?" Haq mengambil tempat disebelah Iqwal.
"Takdernya nak resign. Band dia rest kejap je sebab drummer terkehel tangan." Wafiy sukarela menjadi penyampai informasi. Komik yang dipegang dilempar ke hujung katil sebelum dia melompat turun ke bawah.
"Jangan buat pasal, bhaiya." Pesan Luq yang kini berdiri disebelah katil Iqwal dan Wafiy. "Dah ah ketua warden gian buat roll call tergempar sekarang."
"Ye wei... Si Qai tu dua malam lepas nyaris-nyaris nak terkantoi." Ujar Wafiy sambil menggeleng dua kali.
"Nasib baik ada seorang hamba Allah tu jadi savior pergi selamatkan dia." Kata-kata Haq membuatkan dua pasang mata yang lain tu terus menghalakan pandangan ke muka Iqwal yang sedang tekun membetulkan tali gitar.
"Correction. Dua orang hamba Allah okey. Du.a." Wafiy menekan perkataan 'dua' itu dengan jelas.
"Okay, noted. Du.a." Suara Haq dan Luq bergabung serentak, mengguling biji mata.
"Dan fyi, sampai sekarang yang seorang tu tak tahu kenapa yang lagi sorang buat macam tu." Suara Wafiy mendatar. Kerusi yang berada dimeja belajar Haq ditarik lalu dia duduk menghadap katil Iqwal.
"Yang lagi dua orang ni pun sama. Nak tahu jugak." Haq tuding diri sendiri dulu sebelum menuding Luq pula.
Wafiy sandarkan belakang tubuh pada kerusi. Kaki kanan disilang ke atas kaki kiri lalu dia meletakkan kedua-dua tangan di dada. "Okey, serious talk. Berbuih mulut aku tanya tapi kau tak jawab. Dan sekarang aku nak tanya lagi. Asal kau tolong Qai malam tu?"
Iqwal tak menjawab. Cuma menjungkit bahu tanpa mengangkat muka dari gitarnya. Selesai tuning kord A, dia beralih pula kepada kord C. Dipetik lagi tali gitar bagi menguji alunan bunyi.
Wafiy merengus keras. Naik geram dengan perangai tenang si sahabat. "Kau jangan nak bagi jawapan dengan bahu je kat aku, Jim. Aku bukan nak ungkit tapi sajalah nak kabor aku tak dapat keluar outing minggu ni sebab kau tahu? Dan kejap lagi aku nak kena basuh dua van sekolah pun sebab kau jugak! So,I have the right to know the reason why, tak ke?"
"Jim?" Panggil Haq apabila melihat Iqwal masih leka dengan gitarnya. "Oi. Kau dengar tak Wafiy tanya apa?"
"Haih, kau ni kan... bak sini benda tu!" Bengang akibat soalan dia dipalau, Wafiy bertindak meragut gitar dari riba Iqwal.
Dan kali ni barulah dia reti nak gelabah. Panjang tangan dihulur untuk mengambil semula barang kesayangannya itu. "Wei, wei! Bagi balik ah. Aku tengah buat tuning kut, bro."
"Ah! Esok-esok pun boleh buat. Bukan kau pakai gitar ni pun masa buat show!"Dengan pantas Wafiy mencampak gitar kapok warna coklat muda itu kepada Luq. "Luq!"
Seakan-akan memang sudah bersedia, campakan itu disambut baik lalu gitar diletak atas katil Haq. "Sorry, Jim. Aku side Wafiy kali ni." Ujar Luq dengan riak tak bersalah.
"Me too." Akui Haq bila mata Iqwal terhala ke arah dia pula. Sesungguhnya dia dan Luq memang nak tahu sangat pun kenapa Iqwal bertindak begitu terhadap Airis. Padahal semua orang tahu yang dua manusia itu bukanlah pernah jadi kawan pun. Kerja nak bermusuhan je sepanjang masa. Ada benda yang mereka tak tahu ke?
"Okay, aku curious gila ni. Now tell us what happened between you and Qai, sebenarnya?"
*****
# Iqwal, tengok apa tu??? ^^
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker