"DAMN! Mampus lah!" Hilang terus kantuk yang bersisa. Dengan mata terbuntang, dia yang berada di katil atas terus buat terjunan maut ke lantai.
"Eri! Aki! Leya! Bangun ah woi! Kita dah lambat!"
Dua buah katil double decker yang berada dalam bilik itu digoncang dengan gaya Hulk.
"Kau pehal, Qai?" Eri buka mata separuh.
Tahap mamai Leya sekarang ni memang tak boleh bawak bincang. "Pagi-pagi dah meroyan pehal duh? Urgh!"
"Dah tujuh suku gila! Taknak pergi sekolah ke?"
"Apadia!!!?" Suara Aki atau nama penuhnya Nur Shakirah bergema paling kuat, menenggelamkan suara dua yang lain.
"Cepat!" Sama dengan arahan itu Airis capai tuala dari belakang pintu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Tahilaaaahhhh!" Dua saat kemudian, tiga kepala bergegas keluar dari comforter masing-masing.
*****
"CEPAT! Cepat! Cepat!" Dari kejauhan kelihatan seorang pelajar perempuan yang terlompat-lompat gaya kera luku di depan pintu pagar sekolah.
Makin laju juga makin besar langkah larian diatur. Pijak saja tar dalam kawasan sekolah masing-masing sudah mampu menghela nafas lega.
"Thanks, Qi-Qilah." Suara Eri tersekat-sekat menahan semput.
"Kenapa korang lambat?" Aqilah yang menyandang jawatan penolong pengawas sekolah bertanya dengan perasaan cuak yang berbaki.
"Lambat... ba...bangun." Aki tercungap-cungap cari nafas.
"Korang lupa ke hari ni Isnin? Ada perhimpunan rasmi." Qilah dah mula masuk mode mak-mak orang.
Tangan masih berada di perut. Leya tarik nafas dalam-dalam sebelum membalas. "Manader lupa. Ni sebab kes kitorang berempat tak boleh solat ah ni. Tak perlu bangun join jemaah Subuh."
"Tapi kitorang tak sangka boleh lajak tidur sampai pukul tujuh suku." Nampaknya proses tarik-hembus nafas Eri dah mula stabil.
"Kalau aku tahu korang tak bangun lagi, mesti aku dah pergi kejut." Kata Qilah yang merupakan jiran bilik sebelah.
"Nasib sempat. Lagi tiga minit gate nak tutup tahu tak?""Fuh!" Tiga ulas bibir menghasilkan nafas lega.
"Pergi masuk dewan sana cepat." Arah Qilah.
Serentak mereka mengangguk. Tiga pasang kaki mula mengatur langkah.
"Jap! Korang! Mana Qai?"
Tiga kepala menoleh dengan kadar segera, mencari muka Qilah. Mata setiap sorang dah membulat besar. "Allah!"
*****
*To Be Continued
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
Roman d'amourCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker