📏[10] Malapetaka 📚

979 78 30
                                    

AIRIS jeling Iqwal.

Iqwal balas jelingan Airis.

Airis jeling lagi.

Iqwal balas lagi.

Airis tak mahu kalah!

Iqwal pun tak nampak macam nak mengalah!

Dua saat kemudian, "Kau pehal suka hati ambik mop orang?"

"Orang tu siapa?" Sengaja Iqwal buat muka polos.

Merengus. "Aku! Orang tu aku. Itu mop aku!"

"Oh." Reaksi terkejut dia beri. Buat-buat terkejut yang sebenarnya. Mop ditangan diangkat dan dibawa ke muka. Dipusing berkali-kali batang mop itu seperti mencari sesuatu. "Tak ada pulak nama kau kat sini. Atau... aku yang rabun?"

Ayat dan soalan yang kedengaran sangat sinis itu buatkan bengang dia bertandang. Panas je telinga sekarang ni. Jadi Airis buat keputusan tak mahu panjangkan perbalahan.

Mamat ketua pengawas bajet bagus tu bukan boleh dilayan. Kang tak pepasal ada asap keluar dari telinga dia. "Bak balik." Tangan kanan dihulur depan dada Iqwal.

Iqwal juga ikut hulurkan tangan yang memegang mop.

Airis yang dah bulat matanya terus terundur ke belakang bila sikit lagi batang mop itu bakal mengena puncak hidungnya.

Dan tahap kebulatan matanya bertambah sebaik saja Iqwal melepaskan pegangan tangannya pada batang mop sehingga jatuh ke lantai. Betul-betul di hujung kaki Airis.

Sengaja!

Ya perbuatan itu memang disengajakan. Siapa-siapa yang tengok pun tahu Iqwal memang sengaja melepaskan mop itu ke atas lantai.

"K. Aku dah pulangkan balik mop kau." Selamba dia berkata seraya mengorak langkah menuju ke arah pintu dewan makan.

Memang dari awal dia tak berniat nak makan pun. Makan tengah hari tadi masih buatkan perut dia kenyang. Datang sini cuma nak pulangkan mop saja.

"Iqwal Azeem!" Seru Airis dengan suara kuat tahap tak boleh bawak bincang. Kedua-dua tangan mengepal penumbuk kejap-kejap. Ikutkan hati nak je dia layangkan buku lima kat muka manusia sorang tu. "Sini kau! Ambik balik mop tu dan pulangkan kat aku dengan cara orang berakal!"

Suasana jadi sepi serta merta. Situasi Malaikat lalu pun berlaku. Acik Ton mata dah tak berkelip. Yang lagi lima kepala di hujung meja belakang Iqwal juga masing-masing terkedu.

Haq pandang Wan.

Wan pandang Luq.

Luq pandang Chad.

Chad pandang Wafiy.

Hah sudah! Malapetaka apa pulak kali ni?

"Tu... aku dah pulangkan." Tanpa menoleh, Iqwal membalas.

Ketap gigi kuat-kuat. "Aku nak kau bagi dengan cara baik. Beretika. Berhemah. Bukan main campak macam tu!"

Iqwal tak membalas. Terus mengorak langkah menapak keluar melepasi pintu sliding.

"Jangan salahkan aku. Well...You did ask for this!" Dan saat kaki kanan Iqwal menyarung selipar, suara kuat Airis menjengah corong telinga sebelum belakang kepalanya terasa bagai dihentak sesuatu.

Sesuatu yang keras!

Dan lepas tu enam suara yang menjadi saksi kejadian dimana seketul manusia bernama Airis Qaisara dengan brutalnya menyepak batang mop sehingga terpelanting dan mendarat di belakang kepala seketul manusia bernama Iqwal Azeem, bergema dengan serentak.

"Allahu!"

*****

*To Be Continued




Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now