📏[26] Oh... Anggun📚

1K 58 25
                                    

SEBAIK saja kaki menapak pada kawasan yang menempatkan kenderaan-kenderaan sekolah, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang bertinggung di salah satu garaj di situ. Tak mahu mengejutkan manusia itu, dia mengorak langkah dengan perlahan.

Dari jauh dia antara dengar tak dengar suara budak perempuan yang kini seperti sedang berborak dengan seseorang. Tapi yang dia nampak cuma satu kepala sahaja. Dah tu budak tu sedang berborak dengan siapa?

Iqwal semakin mendekat. Bila dah jarak yang tinggal antara dia dengan orang yang borak sorang-sorang tu cuma tiga langkah, dia berhenti menapak. "Kau kena makan banyak-banyak tau, kucing. Barulah sihat."

Oh, borak dengan kucing rupanya. Spontan dia menggeleng. Dibibir sudah terukir dengan satu senyuman senget. Atau erti kata lain, sinis. Senyuman sinis.

"Aku tambah lagi ya. Makan sampai kenyang." Bijirin makanan kucing dari dalam balang dituang sekali lagi ke dalam mangkuk plastik. Kemudian dia capai pula botol air yang memang sudah tersedia di situ lalu mangkuk yang sudah tinggal sedikit air, diisi. Selesai buat kerja kebajikan masyarakat, dia berganjak menambahan jarak antara posisinya dengan kucing betina itu. Memastikan mereka tidak terlalu dekat.

Oh, ya. Seketul Airis Qaisara bukanlah pencinta kucing pun. Percaya tak seumur hidupnya selama hampir tujuh belas tahun ini, tak pernah lagilah dia menyentuh tubuh seekor kucing. Bukan dia benci tapi tulah... rasa geli tu tak boleh dibuat main. Tapi tak adalah jenis geli yang menghina.

Dia tak reti nak nak dekat-dekat dengan haiwan berbulu. Tak reti nak sentuh, nak belai-belai macam orang lain. Yang dia mampu cuma bagi makan dan pandang dari jauh saja. Kalau kucing tu nak dekat, cepat-cepat dia jauhkan diri. Sebab itulah dia jadi kagum dengan orang yang boleh main gomol-gomol dengan kucing sedangkan dia nak dekat pun tak berani.

"Dah seminggu aku jumpa kau kat sini. Aku rasa kau bertuan. Sebab makanan dengan minuman kau sentiasa bertambah stok. Tapi hari-hari aku datang tak pernah pun terserempak dengan tuan kau." Sambung dia lagi. Kucing betina yang punya bulu agak kembang berwarna campuran perang dan putih itu menarik penuh minatnya. Leka mata memerhati haiwan yang dia sedia maklum kesayangan nabi Muhammad SAW itu sedang menjamu selera.

"Meow~"

"Ya...ya... aku faham maksud kau. Sama-sama, kucing." Bunyi suara kucing yang mengiau berserta dengan pandangan yang dia terima itu Airis andaikan isyarat terima kasih yang disampaikan. "Kau comel. Mesti nanti anak-anak kau pun comel, kan kucing kan?"

"Anggun."

"Oh- Anggun mak kau!" Satu suara yang tiba-tiba menyergah dari belakang buatkan roh dia hampir saja nak tercabut dari tubuh. Terkejut yang bukan kepalang. Sudahlah dia sedang berjaga-jaga kalau kucing itu tiba-tiba melompat naik atas badan dia. Jadi dia tak bersedia untuk menerima sergahan yang tiba-tiba itu.

"Tsk!"

Bunyi decitan lidah itu membuatkan Airis melipat leher ke belakang. "Kau pehal sergah macam tu?" Nampak je wajah Iqwal, soalan itu dilontar kuat.

Tak membalas dulu. Dia masukkan kedua-dua tangan pada poket seluar, mata digulingkan ke atas. Menggeleng sekali lalu, dia menokok, "Nama dia Anggun."

"Nama siapa?" Dengan kening berkerut dia menyoal.

"Yang kau panggil kucing tu... nama dia Anggun." Tenang suara itu membuat penerangan.

"Oh... Anggun." Terangguk-angguk kepalanya menerima maklumat tentang nama kucing yang dia tolong beri makan hampir setiap petang dalam masa seminggu ini. Sedar akan sesuatu, dia mencari mata Iqwal semula. "Eh, mana kau tahu nama dia Anggun?"

Seperti biasa, dia akan biar soalan Airis tergantung dulu tanpa jawapan. Tak bersuara, dia menapak mendapatkan Anggun yang sudah tersadai kekenyangan di atas kotak yang dihampar kain tebal. Disebelah kotak itu pula terdapat sebuah sangkar kecil yang Iqwal sendiri sediakan sebagai rumah perlindungan untuk haiwan comel itu.

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now