22 September 2016
Aku melangkah masuk ke perkarangan sekolah yang agak sunyi. Mataku melilau kesana dan sini mencari sahabat baik aka kaunselor terchenta, Sahidah. Senyumanku terus terukir apabila aku terlihat Sahidah berjalan kearahku bersama Joe.
"Babeeeeee! Miss you"
Cehh! Baru sehari tak jumpa.
Aku mendepakan tanganku, menarik Sahidah kepelukanku. Aku memang seorang yang manja, dan sukakan pelukan. A big HUGGGGG
"Weh babe. Kejap lagi aku cari kau, jumpa crush kau"
Sahidah mengangkat sebelah keningnya. Wieeeeeee crush ? Reallyyy ? Kepalaku ligat memikirkan gadis yang dipanggil crush itu.
Chow Ching Wen. Yea, a chinese. Putih, tinggi, kurus macam supermodel fuhh (macam tiang pun ada) member rapat Joe la tu. Dulu librarian, dia letak jawatan. Frust aku.
Aku memberi satu anggukan kecil dan meminta diri untuk mencari rakan baikku, Fadh.
Sekolahku mengadakan pesta bulan, memandangkan sekolah ini mempunyai pelbagai bangsa. Melayu, cina, india, sarawak dan sabah, malah ada juga dari korea, indonesia, arab dan nepal! Fuhhh dah boleh jadi international school ni.
Memandangkan pesta bulan ini diadakan pada sebelah petang, dan sekolahku hanya mempunyai satu sesi iaitu sesi pagi, aku mengambil keputusan untuk menggantikan uniform pjk kepada sesuatu yg lebih casual. Kain panjang hingga ke buku lali, baju t dan selendang yang semuanya berwarna hitam. Peh reciks panas hengko!
*skip*
Sebaik sahaja tamat persembahan di dalam dewan, aku dan Fadh berjalan menuju ke kantin.
"BITCHH!"
Seseorang menjerit dari belakang. Sahidah berlari mendapatkan aku dan menarik aku pergi.
"Aku pinjam Ain kejap!"
Fadh mengangguk dan berlalu. Sahidah menarik tanganku sehingga kami bertembung dengan Joe dan gadis yang aku tunggu selama ini. Ching Wen atau Wen. Mulutku tiba-tiba menjadi bisu dan aku malu. Wen menghadiahkan senyumannya yang pertama kepadaku dan hatiku perlahan-lahan mencair.
Dugdap dugdap
Aduh cik hati, jangan la bising. Nanti dia dengar!
Aku menggigit bibir bawahku perlahan untuk meredakan rasa nervous.
"Nak pergi dewan tak ambil gambar ?"
Wen bertanya. Suaranya membuat hatiku tak senang duduk, melompat sana sini ikut rentak lagu NoNoNo dari Apink! Aku mengangguk dan mula berjalan beriringan dengannya ke dewan.
"Polaroid habis"
Hancur hati aku mendengar kata-kata salah seorang rakan Wen. Takde la gambar kita harini wahai cik crush..
"Takpe la, kita ambil gambar lain kali"
Dia nak sedapkan hati aku. Yeaa. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Kami mengambil jalan yang berlainan kerana dia mahu ke padang dan menjaga permainan manakala aku mahu mencari Fadh yang aku tinggalkan sebentar tadi.
Pesta pada hari itu berakhir pada pukul 6 petang. Aku dan rakan-rakanku termasuk Sahidah terus meninggalkan sekolah dan menuju ke destinasi impian masing-masing iaitu katil dirumah.
Sesampainya aku dirumah, aku menerima satu mesej dari Wen.
Sorry tak dapat tangkap gambar ngan kau. Next time, aku janji
Aku tersenyum. Jari pendekku laju menaip dan membalas mesej Wen.
Eh takpe. Bukan salah kau
Sebaik sahaja aku menekan butang send, Sahidah menghantar mesej.
Goodluck!
Baik! Aku akan berusaha untuk tawan hati dia!
Jawapan untuk soalan kau, yes.
Aku baca text dari Wen berulang-ulang kali. Srsly ? Dia accept ?
AHHHHHHHHHHH YESSSAAAA!
Aku melompat-lompat dan berguling kegembiraan. Aku telah meminta untuk menjadi adik angkat Wen. Dan dia menjawab, yes. Gila kau tak bahagia ?
22 September atau 2209. Tarikh yang amat bermakna dalam hidup aku. Tarikh yang menjadi saksi kasih dan sayang aku untuk dia.
Status kami di WeChat menjadi '2209'. Menunjukkan kami telah terikat antara satu sama lain.
Aku janji akan jaga dan sayang kau.
Aku janji.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kesalahan
Teen FictionKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...