"Weh tu bae kau"
Afrina disebelah menolak sedikit bahhuku. Segera aku berpaling dan ternampak Wen sedang berjalan naik ke astaka bersama botol airnya. Dia terus menuju ke tempat duduk Peiyan, tanpa sedikitpun menoleh kepadaku.
Hati yang pedih kutahan.
"Ching Wen"
Aku memanggil kuat Wen. Dia berhenti betul betul di atas tangga dan berpusing, mencari kearah suara aku.
"Goodluck"
Aku jerit. Dia berlalu tanpa senyuman mahupun ucapan 'terima kasih' membuatkan hatiku bagai ditembak. Dah la langsung tak tegur, senyum pun tak alahaaai
Walaupun hatiku sakit, mataku tetap terpaku pada si dia yang sedang menuju ke tengah trek. Dia mengambil posisi sebagai pelari kedua rumah Lavendar.
Bunyi tembakan dilepaskan, serentak itu semua pelari pertama meninggalkan garisan permulaan. Aku nampak muka Wen agak gementar. Suara sorak dari para pelajar kuat bergema didalam stadium ini. Baton yang dibawa oleh Bethany, pelari pertama rumah lavendar bertukar tangan kepada Wen dalam masa kurang 15 saat.
Aku berdiri sambil menggenggam tangan kiri menggunakan tangan kananku. Bibir aku digigit perlahan. Risau bercampur gementar. Baton itu diberikan kepada pelari ketiga dan akhirnya keempat. Sayangnya, Lavendar kalah dan berada di kedudukan terakhir, belakang Daisy dengan perbezaan masa 2 saat.
Semua peserta terus bergerak ke khemah atlet. Aku berkira kira hendak bertemu Wen.
Sedang aku berfikir, aku ternampak Peiyan turun dari astaka, sambil memandang ke arah khemah atlet. Aku rasa tak sedap hati, terus mengikut Peiyan. Jantungku bagai terhenti apabila melihat Peiyan menegur Wen yang sedang duduk berseorangan.
Langkahku terhenti disebalik susunan kotak air yang tinggi. Aku nampak dia bercakap dengan Wen. Lagi buat aku sakit, Wen tersenyum ketika bersama Peiyan. Dia nampak.. seronok ? Dia kata dia takkan pergi kat Peiyan ? Jadi, apa yang aku nampak ni ? Perlahan lahan, aku berundur dari situ dan kembali ke astaka.
Aku duduk di tempatku semula. Di kerusi hadapan terdapat beberapa orang kadet bomba yang juga merupakan ahli rumah Lavendar.
Tanpa disedari, air mataku jatuh. Aku menunduk, membiarkan mutiara jernih itu menyembah lantai. Bahuku sedikit bergetar.
"Weh kau kenapa ni ?"
Afrina yang tersedar aku menangis, segera menepuk lembut belakang badanku. Suaranya agak kuat, menyebabkan semua ahli kadet yang berdekatan memberikan tumpuan kepadaku.
"Jangan pandang. Nanti orang tahu"
Afrina menegur mereka. Mereka segera mengalihkan pandangan dan membuat kerja masing masing.
Lama juga aku begitu, menangis sambil di cover oleh adik adik bomba kesayangan. Aku dapat menangkap bayangan Peiyan yang menaiki astaka, lalu disebelahku dan mengambil tempatnya. Hatiku menjadi lebih sakit.
Persembahan taekwondo dan karate do langsung tidak menarik perhatianku. Walaupun mereka menggunakan lagu kpop kegemaranku, Fire oleh Bts, aku lagi suka merendahkan kepala dan melayan perasaan.
**********
"Semua pelajar sila berkumpul di tengah padang untuk acara terakhir"
Aku melihat mukaku di cermin kecil yang memang sentiasa didalam beg. Tudung dibetulkan dan aku segera meninggalkan tempat dudukku.
"Akak okay ?"
Seorang kadet melayu menegurku. Gadis yang aku tolong betulkan tudungnya. Aku tersenyum dan mengangguk. Dia menarik tanganku kedalam genggamannya. Aku terkejut, namun tidak menepis.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kesalahan
Teen FictionKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...