18 - III

501 8 0
                                    

"Where is your Hani ? Kenapa cari aku ?"

Aku memeluk Wen. Sepatutnya aku yang marah dia. Asal dia yang marah aku pulak ?

"I love you. Sorry la sayang. Dia yang kejar aku"

Dia membatu disitu, tidak membalas pelukanku. Ni nak merajuk ni!

"Dah la tak naik bas dengan aku. Gi naik dengan dia pahal"

"Ya Allah, aku tak duduk ngan dia pun dalam bas tu sayang. Aku duduk dengan Aina doh. Cikgu cakap naik bas pagi tadi en, aku gi la cari bas aku"

Aku cuba explain pasal bas. Walaupun dia yang kena explain kat aku pasal Peiyan. Aku taknak keruhkan keadaan ni.

Wen hanya diam.

"Kalau kau tak percaya, kau tanya Nana. Dia ada dengan aku tadi. Kak Teha pun ada"

Aku memusingkan kepala, cuba mencari Nana. Tapi, lain yang dicari, lain yang aku nampak. Aku ternampak budak budak cina yang meminta nombor dan akaun aku tadi sedang berjalan dihadapan kami.

Aku segera memandang Wen dan memeluknya lagi erat. Nanti kantoi pulak.

Johidah yang sedang lepak di porch memanggil kami. Aku menarik tangan Wen, membawanya ke porch dan duduk di atas lantai, berhadapan dengan Johidah.

"What is happening between you guys ?"

Joe bertanya. Wen explain kepada Joe menggunakan mandarin. Aduh, apa la si tinggi dua orang ni bebel.

"Sorry okay sayang ?"

Aku cuba memujuk Wen. Dia tersenyum sedikit, melegakan hati aku.

Belum sempat aku peluk dia, salah seorang kadet bomba menghampiri aku dengan setin 100plus.

"Kakak, itu rambut pendek punya girl bagi you. Yang berdiri belakang you dalam kawad"

Gadis bernama Xinyi menghulurkan 100plus itu. Aku tergamam. Muka Wen kembali keruh. Senyumannya hilang serta merta. Yang tinggal hanya expression tak puas hati. Mati aku wehhhhh

"Hey girl, which one ? Who ?"

Aku tanya Xinyi yang sudah berlalu kepada rakan rakannya dengan nada sedikit tinggi.

Dari jauh aku boleh nampak Zhihui memgangkat tangannya sambil melompat kegembiraan.

"Oh, thanks ya"

Aku meletakkan tin air itu dihadapan Johidah.

"Bie, aku boleh explain"

Lengan Wen aku capai. Jantungku berdegup kencang.

"New fans huh ?"

Joe bertanya. Bukan nak tolong, sengaja je nak tambah masalah!

Wen melepaskan pegangan tanganku. Dia menolak rambutnya kebelakang. Mukanya merah, cuba menahan marah.

"Bieee.... bukan akuuuu. Dorang yang bagi"

Aku hampir menangis. Macam mana aku nak explain ni ?

Tubuh Wen aku peluk kuat. Taknak lepaskan walau sekejap. Yea, mungkin dia melampau sebab layan Peiyan, tapi aku melebih dah, siap dapat air dari fans lagi. Depan dia pulak tu!

"Aku taktau nak buat apa dah. Sakit sangat weh"

No no, not my fault!

Joe berlalu meninggalkan kami bersama Sahidah. Mahu menolong cikgu katanya.

Belum sempat Wen terpujuk, Xinyi kembali lagi dengan satu lagi tin 100plus.

"Urm, ini ah, yang tinggi pakai cermin mata bagi you"

KesalahanWhere stories live. Discover now