Aku tergamam.
Aku ada agama. Tapi aku berkelakuan seperti tidak percayakan balasan syurga neraka mahupun pahala dosa.
Perasaan ni, aku tak dapat tolak. Ya, berhubungan secara tidak sah adalah dilarang, lagi lagi jika hubungan sesama jantina. Amat dimurkai oleh tuhan. Malah, nabi tidak mengaku umat.
Tapi, aku tak minta untuk jatuh cinta pada kaum sejenis.
Lepas apa yang aku buat, terpesong dari ajaran, terpesong dari akidah, aku sepatutnya bersyukur. Allah mahu aku menjauhi dosa ini. Dia menetapkan perjalanan hidup aku begini, untuk memberiku pengajaran tentang betapa besarnya kuasa-Nya.
Aku simpan semula blade sharpener itu. Allah tidak mengajar hambanya untuk menganiaya diri sendiri.
Aku segera ke bilik air dan mengambil wuduk sebelum melakukan solat isyak. Sudah tentu Allah rindukan aku untuk menghadap-Nya.
Selepas solat, aku merebahkan diri kekatil. Sakit hatiku masih tersisa apabila mengenangkan bahawa dia akan meninggalkan aku, minggu hadapan. 22 Februari 2017. Tarikh yang kalau boleh aku mahu elakkan.
Aku mungkin tenang harini. Tapi esok ? Lusa ? Tulat ? Belum tentu aku ingat tuhan. Belum tentu aku solat. Belum tentu aku tawakal dan reda.
Aku rasa macam aku ni munafik.
Mungkin harini aku simpan balik blade sharpener. Tapi esok ? Apa jadi 22 Februari tu ? Mesti tangan aku luka lagi. Mesti dinding jadi mangsa aku lagi.
Mungkin harini aku ingat yang aku terpesong. Tapi nanti ? Aku akan buat lagi dosa ni. Dah terbiasa. Tak dididik ?
Peperiksaan agama aku boleh score. Amali solat tiptop. Mengaji dah khatam. Tapi kenapa susah aku nak amalkan ?
Kenapa tak boleh kekalkan ? Nak salahkan didikan ?
Aku dididik sempurna dengan agama. Nenek datukku alim. Malah opahku juga. Aku dihantar ke sekolah agama ketika di bangku sekolah rendah.
Apa yang menyebabkan aku jadi macam ni ?
Pengaruh rakan ? Ya. Aku tak nafikan. Aku tahu semua benda ni lepas aku rapat dengan Joe dan Sahidah.
Aku start cutting sejak aku darjah 6. Pengaruh rakan jugak.
Walau macam mana pun aku ingat tuhan, aku tetap macam ni. Taktahu kenapa diri ni susah nak taubat.
Dah cuba, masih gagal.
Aku mengeluh. Apa lagi yang harus aku buat ? Relakan dia pergi ? Kemudian berubah ? Boleh ke macam tu ?
Hati ni dapat terima ke ? Perasaan ni dapat sabar ke ? Fikiran ni dapat proses ke ?
Kenapa banyak sangat persoalan dalam mindaku harini ?
Sekali lagi, aku akan ingat tarikh 17 Februari pada tahun tahun yang akan datang. Tarikh yang menghancurkan kebahagiaan aku.
Bahagia ? Kejap. Aku bahagia ke ? Ya, ketika aku dengan Wen. Satu satunya kebahagiaan yang aku rasa.
Tapi sekarang, boleh ke aku rasa lagi bahagia tanpa dia ? Boleh ke aku survive takde gelak tawa gedik manja dia ?
Sanggup ke ?
Cukup kuat ke ?
Air mata aku jatuh lagi.
Kenapa asyik jatuh je ni ?
Nanti kalau banyak sangat nangis boleh buta tau.
Aku taknak buta.
Cukuplah dia sakitkan aku dengan hati buta dia.
Jangan mata aku pulak buta.
Aku masih perlukan mata aku untuk hidup.
Lainlah kalau aku dah tak hidup.
Kan ?
YOU ARE READING
Kesalahan
Roman pour AdolescentsKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...