30

455 9 0
                                        

Pt3 esok! Aku dah takde masa nak fikir pasal Wen, Maya, Zhihui, Fadh or Peiyan. Gi mati la semua orang, bukannya nama korang masuk exam pun.

Semua buku latihan dah tersusun depan mata aku. Bm, bi, maths, science, kh, agama. Mana nak buat dulu ni ? Aduuu, masalah betul kalau study last minute ni.

Aku serabutkan rambutku. Dah la, aku taknak study. Tido tido! Lampu meja dan bilik aku tutup. Pintu aku hempas je, malas nak tutup elok elok.

Aku campak badan aku atas katil, selimut ditarik menutupi seluruh badan dan cuba pejam mata.

'Okay rileks sis. Tiga hari je exam, lepas tu kau merdeka'

Aku menarik nafas dan kurang tiga minit, aku sudah berada di alam tak nyata.

*********

Kawasan sekolah aku masuk dengan kaki kanan. Nervous aku tolak tepi, aku lapar! Aku terus ke kantin untuk membeli sandwich dan air mineral.

Kemudian, aku terus menuju ke porch. Semua tingkatan tiga diminta untuk berkumpul disitu. Aku duduk di atas bench yang selalu diduduki oleh aku dan Wen. Ingatanku melayang pada hari dia mengambil Pt3 tahun lepas

********

Hari kedua Pt3 2016

"Ain, teman aku gi kantin jap"

Aku bangun dan menuju ke kantin bersama Anim. Dia membeli air mineral dan sebungkus roti.

"Kau tak makan ke ?"

Tanya Anim. Aku menggeleng dan kami terus menuju ke bangunan yang menempatkan kelas kami.

Kebetulan, kami mengambil laluan pendek yang memerlukan kami melintas di hadapan pelajar tingkatan 3.

"Ain, ni Wen panggil"

Anim menunjuk ke arah Wen yang sedang duduk melepak. Lepak je perempuan ni ? Oh lupa, budak pandai.. mesti score ni.

Aku terus mendekati Wen dengan senyuman lebar. Dia menghulurkan satu beg plastik berwarna putih. Ada tulisan korea diatas plastik itu.

Aku mengintai isi kandungan plastik itu. Sebuah anak patung line yang muka masam tu. Tak terlalu kecil dan tidak juga besar. Comel, tapi kenapa line ? Whatever, amik jelaa.

"Thanks sayang. Good luck exam ya. Ily"

Aku mengusap rambut Wen. Terharu. Walaupun busy nak study, dia sanggup ponteng tuition semata mata nak belikan bear ni.

And aku panggil bear ni, cincau.

"Woi, cepatla! Nak bunyi loceng dah"

Anim menjerit dari jauh. Jilake lupa member.

"Aku gi dulu au shayang. Jawab leklok, ingat muka comel aku"

Kataku sambil memejamkan mata, acah cute.

Aku melambai dan segera berlari kearah Anim sebelum kami berjalan ke kelas.

*********

Aku tersenyum dan menggelengkan kepala. Benda yang lepas, biarkan lepas. Tak payah kenang lagi.

Ahhhh, aku bangun dan menuju ke satu kumpulan kecil pelajar kelas sebelah. Ada Afrina. Aku menunggu Aina, Amy dan Anim sambil bergurau senda dengan yang lain.

Tepat jam 7.15 pagi, kami diarahkan berkumpul untuk menduduki peperiksaan yang besar tak besar ni. Aku macam biasa, buat rilek. Lagipun Pt3 je, taknak fikir sangat.

Aku duduk diam, melihat situasi yang sedang berlaku pada hari pertama ini. Ada yang panik tak bawak ic, cikgu sibuk agihkan ball pen kepada pelajar yang pegang pen basah. Salah satu pelajar tu adalah aku. Ada yang berebut biskut, padahal biskut satu tong doh alahai. Then guru kelas aku, cikgu Wan bagi air yaasin. Untuk penerang hati kut.

Tak lama lepas tu, guru disiplin memanggil kami untuk bersedia di luar dewan peperiksaan. Kami beratur mengikut kelas dan mula masuk, memenuhi tempat duduk. Aku menarik nafas sebelum masuk tanpa memandang orang lain.

********

Kertas Bahasa Melayu agak senang. Aku sempat siap dan sempat tengok sekeliling. Ada yang tengah gigih lagi jawab kertas soalan, ada yang main pen, ada yang tengah stress, yang paling gempak, ada yang sempat tidur. Ada lagi 4 minit sebelum masa tamat, awalnya diorang siap ?

Tapi aku malas nak peduli. Yang tengah syiok tidur tu pun budak kelas belakang, mesti tinggal je soalan tu. Macam mana nak berjaya wahai anak anak ?

Tepat jam 9.45 pagi, kertas dikutip dan kami dengan gembiranya menuju ke kantin dan makan.

*******

Tuhan je tahu betapa gembiranya aku bila tiga hari peperiksaan besar tak besar ni aku berjaya duduki dengan tabah dan sabar ecececehhh...

Misi lepas Pt3 aku ialah, lepak dalam bilik spbt yeay! Aku mula fikir apa yang boleh dibuat.

First, kemas la dulu bilik tu. Lap tingkap, lap kipas, sapu dan mop lantai, kemas kaunter, buang segala khazanah 5 tahun lepas, susun buku teks, wow aku dah excited!

Then, bawa phone, tengok kdrama, tidur, makan dalam bilik tu, tidur lagi, ponteng aktiviti lepas Pt3, proses buku baru, buang buku lama.

Aku lagi gembira apabila aku telah meletakkan jawatan secara sah sebelum Pt3 haritu. Jadi, gotong royong akhir tahun tak payah buat HAHAHAHAHHA!

KesalahanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang