5 - II

710 18 0
                                    

"Kita ada lebih kurang 15 minit sebelum movie start"

Kata Joe sebelum bangun dan meninggalkan aku bersama Wen.

"Nak pergi mana ?"

Aku tanya Wen. Dia hanya mengangkat bahu. Tak guna juga tanya budak ni. Aku bangun dan menarik dia menuju ke arkid. Kami berjalan dan terserempan dengan Johidah.

"Weh bitch ada stitch kat dalam"

Kata Joe kepada Wen. Dia menunjuk ke arah arkid. Wen terus menarik tangan aku masuk dan mencari si stitch. Aku boleh nampak matanya bersinar melihat stitch biru yang pelbagai saiz.

"Weh bie aku nak aku nakkk"

Kata Wen sedikit merengek. Hek eleh, pikir cute ? Padahal dalam dah cair habis dah huhu..

Aku baru hendak ke kaunter, menukarkan duit kepada token untuk mendapatkan stitch.

"Okay dah jom pergi cari dorang"

Wen menarik tangan aku keluar dan kembali ke Tgv Cinema. Ada 7 minit lagi. 'Dia ni pelik' kataku perlahan.

Kami terus naik ke pintu masuk. Kelihatan Johidah berdiri di sudut kawasan dan memegang satu bucket besar popcorn dan secawan besar coke.

"Tak sempat beli la weh"

Kataku kepada Wen apabila melihat barisan popcorn yang kalau boleh panjang dia sampai ke bawah.

"Share jelaa"

Kata Sahidah. Aku mengangguk dan kami mula beratur apabila penjaga pintu masuk memanggil.

Kami mengambil tempat duduk dan meletakkan bag.

"Bie, jom gi toilet"

Aku mengangguk dan menuju ke tandas cinema. Tiada orang. Wen masuk ke dalam salah satu tandas dan aku berdiri dihadapan cermin.

Tandas ni gelap. Hanya ada satu lampu di bahagian tengah. Bulu romaku tegak dan aku rasa seram sejuk. Aduhaiii ni bukan cerita seram la gila!

Selepas 3 minit, Wen keluar sambil membetulkan kain pendeknya. Nafsuku sedikit bergetar, namun aku berlagak biasa.

Kami berjalan berpegangan tangan dan keluar dari toilet. Saja nak show off bae aku! Padahal aku dengan dia je kat situ uhuks.

Tanganku terangkat untuk membuka pintu besar dihadapanku. Belum sempat aku memegang pintu itu, aku dapat rasakan ada satu bibir yang menyentuh bibirku. Aku tergamam dan langkahku terhenti. Satu saat. Hanya satu saat bibir itu melekap pada bibirku. Wen memutuskan rasa itu, membuatkan darah menyerbu mukaku, tanganku menggigil, jantungku berdegup laju bagai baru habis larian marathon 200 meter.

Kami berjalan masuk kedalam bilik tanyangan dan duduk dikerusi kami. Couple seat. Disebelah kananku ialah couple seat Johidah.

Peha Wen yang putih ditutup dengan bagnya membuat aku mengeluh. Aku duduk rapat dengan Wen dan cuba fokus pada jalan cerita yang ditayangkan.

Aku dapat rasakan ada nafas hangat yang berdekatan dengan wajahku. Aku menoleh kearah Wen dan seketika, aku tergamam untuk kali kedua. Kali ini, bibir kami bertaut agak lama. Dia melepaskan bibirku dan aku meletakkan kepalaku didadanya. Aku dapat mendengar rentak jantungnya yang laju. Sama sepertiku. Aku rasa selesa.

Sayup sayup kedengaran suara Wen ketawa apabila sampai di part yang bagiku, agak bodoh. Apa kejadahnya babi tu pakai tight gila and joget joget ? Eh seriusla, Sing! tu cerita pasal haiwan yang nak jadi famous ._.

Aku memandang Wen. Apabila tersedar dirinya diperhatikan, Wen memandang aku dengan muka 'apa ?'

Aku menarik sedikit kolar bajunya dan mendekatkan wajah kami. Dia terus menolak belakang kepalaku kepadanya. Bibir kami kembali bertaut. Dia menjilat sebelum menggigit bibir atasku, membuatkan mulutku sedikit terbuka. Dia memasukkan lidahnya dan melaga lagakan dengan lidahku. Aku mendesah sedikit.

Aku menarik mukaku dan melihat mukanya merah padam. Kami kembali menonton kartun yang langsung tidak menarik perhatianku.

Aku tersedar apabila merasa ada tangan yang memegang mukaku. Usapan yang lembut dan selesa membuatkan aku tidak jadi membuka mata.

*skip*

Sebaik sahaja movie itu tamat, kami keluar dari bilik tayangan dan turun ke floor paling bawah.

Wen harus pulang awal, keluarganya mempunyai janji temu bersama keluarga besar untuk menyambut ulangtahun kelahiran neneknya. Aku berasa agak terkilan, kami hanya  sempat meluangkan masa selama 2 atau 3 jam.

Kami menghantar Wen ke Subway, dimana mamanya menunggu dia. Kami mengikut Wen dan menunduk hormat kepada Mrs. Chow

Wen mencubit pipiku dengan kuat

"Auch! Aunty, she bullied me"

Aq mengadu kepada mak mertuaku HAHAHAHAHA BERANGAN!

"Oh bully ah ? Saya pun mahu buli you la"

Balasan mama Wen membuatkan ku tergamam. Alahaiii, aku ingat mak dia nak sapot aku, lelast aku yang kena balik huhu

Selepas bersembang, mereka meminta diri untuk pulang. Aku dan Sahidah menunggu Joe pulang sebelum kami melangkah keluar dari pusat beli belah itu dan mencari kereta milik bapa Sahidah.

*skip*

Aku menghempaskan tubuhku ke atas katil. Pukul 6.34 petang. Hari yang meletihkan. Tiba tiba aku teringat tentang ciuman kami tadi.

First kiss aku...

Aku tersenyum sambil memegang bibirku. Aku rindukan rasa itu. Ahh sudah, aku dah addicted!

Tuala yang tidak sempat kusidai pagi tadi kuambil dan menuju ke bilik air. Aku harus mandi untuk hilangkan rasa penat dan makan malam.

Wen tak balas text aku, dia masih berada bersama keluarga besarnya, fikir aku.

Aku menghantar ucapan selamat malam kepada kekasih hatiku sebelum menutup mata dan merehatkan minda.

KesalahanWhere stories live. Discover now