17

422 9 0
                                    

"Aku stay. Sorry gila buat kau macam ni"

Takde siapa faham betapa gembiranya aku bila dia cakap dia akan stay, kat sini, sebelah aku.

This few days aku menangis, bilik aku gelap, tangan kaki aku penuh dengan luka dan parut. Dan harini, aku dapat senyum, dengan ikhlas. Sakit itu masih tersisa, namun aku tolak ke tepi.

Pagi pagi lagi aku dah wish morning pada Wen. Memang dah jadi rutin harian, tapi the moment dia minta masa tu, aku elak untuk chat dia walaupun rindu separuh mati.

Aku bersyukur bila semua jadi macam biasa semula. Cuma, walaupun dah berbaik, hubungan aku dan Wen hambar. Senang bergaduh, selalu curiga. Just, I miss the old her.

Aku menarik bag menuju ke van sekolah yang sudah menunggu. Pintu van itu aku buka dan masuk. Orang yang berada dekat dengan pintu itu menutupnya sebelum menuju kesekolah.

Tepat jam 7 pagi, para pengawas bagai robot diset jam masa terus mengarahkan semua yang berada di kantin untuk masuk kedewan. Aku bergegas menuju ke dewan dan bag diletakkan diluar. Kotak kotak buku yang berada di bahagian belakang aku angkat dan susun di hadapan barisan kelas setiap tingkatan.

Aku menjaga barisan tingkatan 3, sambil meninjau tingkatan 4 yang berbaris di sebelah kanan. Pengawas yang duty disitu masih belum sampai. Bukan belum sampai, aku rasa tak datang sebab dah lewat.

Bunyi loceng pertama pukul 7.15 bergema kuat dari luar. Aku memerhatikan para librarians, masing masing sibuk mengagihkan buku dan menahan pelajar lewat program bacaan pagi.

Aku masih tak nampak kelibat Wen. Mana dia ? Takkan dia kena tahan ? Aku berjalan di lorong tengah dewan tanpa memandang kiri kanan. Mataku melilau mencari Wen.

Aku berjalan dari depan dewan sehingga lorong tengah antara tingkatan 3 dan 4. Apabila aku betul betul berada di tengah lorong, seorang pengawas tingkatan 2 melanggar tanganku yang memegang buku cerita, menyebabkan buku buku itu terjatuh tepat diatas bag seorang pelajar yang sedang menyalin nota.

Aku mengutip buku buku itu dan mengungkapkan kata maaf. Kepala aku diangkat apabila bag itu amat kukenali. Bag berwarna kelabu dan terdapat keychain berbulu tergantung pada zip bag itu. Keychain tu, aku yang bagi pada Wen.

Wen memandangku yang sedang mengutip buku yang bersepah. Dia juga membantuku sambil tersenyum. Aku menyerabutkan rambutnya sebelum menarik buku nota dia.

"Kau tak boleh buat homework dalam dewan sayang"

Suaraku perlahan, mengelakkan orang sekeliling dia dari dengar apa yang aku katakan. Wen pout, betul betul berharap aku lepaskan dia kali ini.

"Bila hantar ?"

Aku tanya

"Kejap lagi"

Aku tengok jam. Ada lagi 2 minit sebelum 7.20 pagi. Aku mengangguk dan bangun sebelum mengumpulkan buku buku untuk menyimpan kotak.

                    *************

Aku berjalan bersama Wen menuju ke tingkat kelas kami. Dia menunggu aku meletakkan bag sebelum kami bergerak ke kelasnya. Kelas dia yang kosong menimbulkan tanda tanya kepadaku

Aku berjalan menuju ke papan kenyataan di sebelah papan putih. Mataku melirik ke jadual kelasnya. Harini hari Khamis. Urmmm

Subjek pertama, kimia.

Oh patutlah. Semua orang dah berkumpul di makmal agaknya, telahku.

"Kau tengok apa ?"

Aku terkejut dan secara refleks aku berpusing kebelakang. Wen memandangku pelik. Takkan macam tu pun terkejut ?

"Jadual je"

Kataku sambil mengurut dada. Nafasku yang laju tadi telah berubah rentak normal.

"Kau bukan ada ke jadual aku ? Asal nak tengok lagi ?"

Ye memang la aku ada jadual tu. Tapi otak aku ni bukan memori komputer yang kau tekan save je terus melekat sampai habis adudu

"Dah nak turun ?"

Wen angguk. Aku mencapai tangan kirinya dan bergerak ke arah tangga hujung, berdekatan dengan kelasku.

"Nanti tunggu kelas je. Tukar baju kat kelas kau"

"Okay"

Aku menghantar Wen ke makmal demgan lirikan mata. Makmal kimia yang terletak berdepan dengan kelasku memudahkan aku untuk memerhatikan langkahnya.

Sebaik sahaja dia masuk ke makmal, aku melompat kedalam kelas yang masih bising tanpa guru.

KesalahanWhere stories live. Discover now