Aku berjalan keluar dari perpustakaan. Langkahku perlahan menuruni tangga menuju ke bangunan kelasku. Belum sempat aku menghabiskan anak tangga yang berbaki lagi tiga buah, aku terdengar seseorang menjerit memanggil namaku.
Kelihatan Wen berlari-lari anak kearahku. Aku hanya berdiri dan tayang muka cool. Ya, dia jatuh kepada aku kerana muka ini. Dan aku akan buat dia jatuh lagi dan lagi, setiap hari.
Dia semakin dekat dan terus memelukku. Aku membalas pelukan itu dan tersenyum. Aku cool.
"Kau dari mana ?"
Aku tanya. Dia menarik tanganku agar berjalan seiring dengannya. Kami menuju ke blok kelasku.
"Dewan. Form 3 kena stay kat sana"
Aku mengangguk tanda faham. Dia menyulam jarinya dengan jariku. Aku hanya membiarkan dia perlakukan aku sebegitu. Aku bahagia.
Kami berhenti betul-betul dihadapan tangga blok aku.
"Aku takleh hantar kau sampai atas. Kau elok elok tau naik tu. Jangan sampai jatuh"
Aku suka dia. Care dia, bebel dia. Buat aku rasa disayangi. Aku mengangguk dan senyum.
"Kau jangan angguk je"
Aku tergelak mendengar kata katanya.
"Dah pergi naik"
Dia menolak badanku ke tangga, perlahan.
"Eh kejap aku nak bisik something"
Aku melangkah kearah Wen, membuatkan jantungnya berdegup laju. Mukanya berubah, sedikit takut ?
Belum sempat aku berbuat apa apa, beberapa orang pelajar tingkatan satu berjalan dan menaiki tangga itu. Aku menunggu sehingga mereka hilang daei pandangan sebelum kembali ke agenda utama aku, Wen.
Aku memandang Wen yang jauh lagi tinggi dari aku dan membuatkan dia mendekatkan wajahnya kepadaku. Aku mengambil kesempatan itu....
Chuu
Aku mencium perlahan pipinya dan melarikan diri kearah tangga untuk balik ke kelas. Semuanya dalam 5 saat! Aku sempat menoleh kearah Wen dan mengenyitkan mataku.
Muka dia merah. Malu. Excited. Dengan keadaan masih blur, dia kembali ke dewan.
*skip*
Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Kelas berakhir pada pukul 2.30. Ayah Wen mengambilnya pukul 3.30 setiap hari, maka aku mengambil keputusan untuk menemani dia.
Aku dah janji, aku akan jaga dia.
Kelihatan kereta ayah Wen diluar pagar. Aku menghantarnya di pintu pagar sebelum mencari Sahidah dan Joe yang melepak entah kat mana. Hatiku berat untuk melepaskan Wen pulang. Aku mengeluh.
Tiba tiba aku teringat tentang pipiku yang hampir dicium oleh Wen tadi. Wen agak rushing dan bukan aku yang dicium, tudungku yang mendapat bibirnya. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya.
Aku sendiri keliru dengan diriku. Aku lesbian ? Atau biseksual ? Hubunganku dan Wen hanyalah kakak dan adik, tapi kenapa hati dan nafsu aku mengatakan yang dia adalah lebih dari itu ?
*skip*
"Weh, Wen lesbian tau"
Aku menoleh memandang Sahidah. Dia hanya mengangguk
"Aku open"
Kataku. Lesbian di sekolah perempuan. Normal la, kan ? Hati aku gembira apabila mengetahui tentang hal itu. Jadi, aku ada peluang la untuk buat dia jadi milik aku seorang. Sebab, dia memang milik aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/133839996-288-k805356.jpg)
YOU ARE READING
Kesalahan
Teen FictionKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...