Cuti sekolah bersempena dengan Tahun Baru Cina membuatkan aku gembira dalam masa yang sama sedih. Kenapa happy ? First, aku boleh tidur and bangun lambat. Second, takde homework even tahun ni aku nak kena hadap si mak minah PT3 tu. Third, aku boleh layan drama korea sampai mata bengkak WOHOOO!
Tapi yang tak best, aku tak dapat jumpa Wen seminggu. Chinese New Year ni, mesti dia busy gila. Nak pergi makan kat sini, pastu melawat orang kat sana, then dapat angpau. Pagi pagi pergi kubur, pergi temple. Ala, macam hari raya jugak la. Tapi yang bezanya, kita pergi masjid.
Wen agak teruja dengan sambutan kali ini, sebab nak beli baju baru je. Dia dah keluar bersama keluarganya, ke KLCC. Dinner sekali kat sana before shopping clothes.
Well, dia boleh tahan kaya jugak. Bukan sebab apa, parents dia dua dua bekerja. Nenek dia pun kerja. Pakcik dia yang stay together kat rumah dia pun kerja. And dia anak tunggal. So duit yang terkumpul from her parents, her grandma and her uncle memang guna untuk dia jela.
Satu fact about Wen yang aku tak suka, dia ni dah la tinggi, kurus kering ya ampun, pastu taknak makan. Kalau terjatuh, mahu patah riuk jugak tulang dia.
Aku syak dia ada Anorexia. Apa tu ? Alaa sejenis penyakit yang takut makanan tu. Pesakit akan rasa diorang tu gemuk walaupun berat badan underweight. And diorang akan elak makanan. Yang paling wow, aku pernah terbaca yang seorang pesakit anorexia ni hanya makan dua keping roti dalam seminggu.
Aku pernah 'ter'tengok ic Wen. Joe la, perangai nauzubillah. Dia pergi curi purse Wen then suruh aku pegang. Tak cukup dengan tu, dia suruh aku buka and tengok ic Wen. Aku pun buka la, aku innocent kot.
And you know what ? Gambar Wen dalam ic tu, lain gila dari dia yang aku nampak depan depan. Wen sekarang, tinggi lampai, kurus, bapak lawa dengan spek and rambut helmet dia.
Tapi Wen yang dalam ic, nampak pendek, sedikit berisi, pipi chubby, rambut panjang, pakai spek macam budak nerd ya tuhan.
Aku speechless la jugak. Tapi, bukan nak kutuk bae sendiri, and aku bukannya suka dia sebab dia lawa. To be honest, aku minat dia since dia form 2 and aku form 1. Time tu dia a librarian and the way she wore the uniform, memang cool habis.
She was the reason I wanted to be a librarian. And last, dia letak jawatan time aku dalam percubaan. And aku dapat pulak jawatan tu. Then tup tup, takyah jadi librarian pun dapat dia. Minta tolong Johidah je. Haih, nyesal pun tak guna.
Sedang aku asyik menonton Legend Of The Blue Sea, Wen menghantar gambar sehelai jaket berwarna hitam putih beserta emoji '💕' banyak banyak. Aku ada jaket tu. Tapi colour dark green and yellow.
Dah pukul 10.30 malam. Esok nak sambut chinese new year, tapi minah ni masih kat klcc, tengok wayang la apa la.
Movie nak start dah. Aku tak on lepas ni. Esok pagi aku chat kau before pergi kubur. Nak pergi temple lagi. Kau tido awal, jangan tengok kpop sampai lewat lewat tu. Paling lambat pukul 3 a.m
Wen mengingatkan aku sebelum dia off untuk menonton wayang bersama keluarganya.
Before 3 a.m, hm aku ada 4 jam setengah before aku kena tidur. Tapi pukul 2.30 dah kena off, bukannya aku letak kepala terus tertidur. Nak kena golek golek dulu, berangan, gosok gigi lagi. Hm, kalau ditambah tolak darab bahagi, aku ada exactly 4 jam sebelum tidur.
Aku mengambil keputusan untuk menghabiskan episode Legend Of The Blue Sea sebelum masuk tidur. Cerita ni berbaki 27 minit lagi. Maknanya, aku ada extra 3 jam 33 minit. Alahaaai, kalau tidur awal nanti membazir la masa emas aku..
Sedang aku menonton, mataku tiba tiba menjadi kuyu. Aku cuba menahan diri dari tertidur, namun apa yang ditayangkan di skrin laptop langsung tidak masuk ke otak. Akhirnya, aku tertidur di meja belajar bersama lampu meja yang terbuka. Laptop dan headphone aku juga masih terpasang, namun langsung tidak membuatkan aku terjaga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kesalahan
Teen FictionKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...