31

519 13 0
                                        

Tanpa aku sedari, aku dah terlepas tarikh 22 September. Hari pertama aku dan Wen bersama, tahun lepas. Mungkin sebab masa tu aku terlalu sibuk fikirkan Pt3 ? Nah, aku sendiri lupa tentang tarikh dan segala galanya.

Tapi aku bersyukur, at least aku tak ingat and sakit hati. Ada la perkara baik kan ?

Aku lihat jam di pergelangan tangan kiriku. 8.40 pagi, 19 Disember. Cuti sekolah dah lama bermula, tapi aku datang untuk hari pemulangan buku teks tingkatan 5. Pejabat yang terletak di blok bersebelahan dengan bilik spbt segera aku masuki.

"Akak, saya nak ambil borang pindah"

"Sekejap ya, siapa nama ?"

"Ainnul Balqis"

Kerani yang bertugas segera mencari namaku pada borang pindah. Ada 5 keping semuanya.

"Haa Ain, awak buat apa ?"

Suara seseorang menegurku. Aku tersenyum apabila terlihat Cikgu Bibi, guru Bahasa Melayu dari bahagian dalam, berjalan kearah kakak kerani itu.

"Saya ambil borang pindah"

"Awak nak pindah ? Kenapa ? Nak pindah mana ?"

Aku senyum lagi.

"Saya nak pergi Padang Tembak"

Cikgu Bibi terkejut

"Padang Tembak ? Uish, takde tempat lain ke ? Pergi la Puteri Wilayah ke, Puteri Titiwangsa ke.. ni nak pergi Padang Tembak. Biar betul ?"

Aku angguk je.

"Awak tau tak Padang Tembak tu sekolah macam mana ? Sekolah kita lagi tinggi tau level"

'At least diorang takde kes tak straight'

Nak je aku cakap, tapi otak yang masih waras menghalangku.

"Enolllllll.... hang buat apa sini ?"

Ambik kau. Comel nickname tu. Aku memandang satu satunya cikgu yang beri aku nickname tu. Cikgu Zaidee, guru spbt.

"Dia nak pindah ni haa. Datang nak amik borang"

Cikgu Bibi tolong jawabkan. Bagus juga, aku pun takut nak jawab sendiri.

"Hang jadi ka nak pindah ? Alaaa, awat hang pindah ? Tak best noo nanti hang takdak"

Allahu, terharu siot ")

"Dik, awak kena datang dengan penjaga. Sama ada ayah, mak atau sesiapa sebab nak tanda tangan. Harini kalau ayah atau mak datang, akak boleh terus proses, pengetua pun ada kat dalam nak luluskan"

"Oh okk. Thanks kak"

Aku mengangguk sebelum keluar dari pejabat dan terus ke bilik spbt.

********

"Haah, ayah datang terus la"

......

"Okay, bye"

Telefonku ditutup dan kembali duduk di atas lantai bersama rakan rakanku. Buku teks yang baru masuk stok itu aku kira sebelum mencatat bilangannya di dalam buku rekod buku teks.

"Kau serius ke nak pindah weh ?"

Aku memandang si empunya suara. Mata Aina tajam memandangku membuatkan aku tertunduk.

"Aku macam main main ke ?"

Tanyaku semula sambil bermain dengan pen.

"Haih, nanti mesti sunyi takde kau"

Aku angkat kepala dan terus peluk dia.

"Pahal kau ni ? Bukannya aku nak mati pun dah au. Nanti aku datang ah sini, lepak sekali apa semua"

KesalahanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang