12

560 9 0
                                    

Aku berjalan menuju ke tempat perjumpaan kadet bomba. Suara hilaian tawa dari tarmac membuatkan darahku menggelegak. Dah pukul 2.35 petang and diorang boleh lepak makan lagi ?

Aku menegur setiausaha untuk mengambil kedatangan sebelum memecahkan kadet kepada 6 kumpulan kecil.

Kumpulan aku terdiri daripada budak tingkatan satu dan kebanyakannya ialah chinese. Pendek dan kecil, comel je.

"Baris akan menghadap ke kanan.. ke kanan pusing"

Aku memberikan koman kepada anak buahku. Tak ramai pun, jadi aku hanya menggunakan suara biasa. Dan aku bukan komander, aku hanya seorang pemegang sepanduk yang comel lagi lawa dan senior mahir malah aktif ahaks!

Baju uniform bomba yang dipakai oleh seorang budak cina tidak kemas dan membuatkan aku rimas. Aku mendekatkan diri kepada gadis itu, Lau Zhihui dan membetulkan collar. Rambutnya yang agak messy juga aku betulkan.

"So little friends, we don't have time anymore as our hari sukan is on february seventeenth. Today is already january tenth. So for a month, please give kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada kadet bomba"

Aku mix up melayu inggeris huhu kesah apa.

Setelah mengajarkan mereka asas kawad kaki, aku melepaskan mereka untuk rehat 7 minit. Aku melihat jam di tangan kiri.

3.30 petang

Harini hari selasa. Bukan hari koko, latihan kawad ini hanya khas untuk kadet bomba sahaja. Kira macam latihan sendiri la.

Aku memerhatikan sekeliling. Sepatutnya waktu begini Wen dah turun untuk pulang. Kereta papanya jugak sudah sampai.

Kami berkumpul kembali sebelum aku mengajarkan asas berikutnya. Cara mereka menghentak kaki tidak seragam membuatkan hati aku panas. Apa ? Susah sangat ke hentak kaki ? Kiri kanan je kot alahaai.

Sedang asyik aku memberi tunjuk ajar, aku ternampak Wen berlari lari anak ke arahku dengan hujung mata. Aku tidak menghiraukan dia dan meneruskan pengajaranku.

Dia mendekati aku dan memberikan pelukan kuat.

"Bye bie"

Serentak itu, dia melepaskan aku dan menuju ke luar pagar. Aku menghantar dia dengan anak mata sebelum kembali fokus kepada adik adik kecilku yang comel.

Aku sempat menangkap pandangan Zhihui. Ada sinar tak puas hati di matanya yang turut menghantar Wen keluar. Dia marah Wen ke ? Atau dia ada masalah dengan Wen ? Musuh ?

Ah bukan masalah aku pun.

                         ************

Tepat jam pukul 4 petang, aku tamatkan latihan kawad. Bag yang berada di gazebo aku capai sebelum berjalan keluar dari kawasan sekolah.

Aku sampai di rumah tepat jam 4.45 petang. Lencana yang berbentuk button aku cabut dari tudung dan diletakkan diatas meja belajar sebelum tudung berwarna hijau itu aku campak kedalam bakul baju kotor.

Aku mengerling bantal yang bersepah di atas katil. Aku rasa aku dah kemas tadi ? Kenapa bersepah ? Bantal bantal itu aku susun semula dan bag aku dicampak ke atas katil. Aku menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

                         **********

"Babe, kau ingat tak kertas screenshot aku dengan Joe yang aku tunjuk kat library tu ? Aku tertinggal doh"

Suara Sahidah melalui corong telefon menyapa gegendang telingaku. Sesi tidur aku yang diganggu membuatkan aku sedikit blur untuk cuba mengingat jenis kertas yang dikatakan. Otakku ligat mengingat semula kertas bersaiz A4 yang dimaksudkan dia.

Sahidah dan Joe duduk di salah satu meja, berhadapan dengan Wen sambil ketawa riang. Aku yang sedang menyapu kawasan berdekatan mereka, menghalakan pandanganku. Aku meng-shhhh mereka dan meletakkan jari telunjuk pada bibir. Joe hanya menyengih, menayangkan giginya yang tersusun rapi.

"Babe, sini la tengok"

Wen memanggil. Aku melihat sekeliling dan datang mendekati mereka apabila line clear. Semua senior yang on duty, sedang berkemas di kawasan utama library manakala aku dan mereka semua ni berada didalam bilik komputer.

Kerusi beroda yang berdekatan ditarik dan aku mengambil tempat disebelah Joe. Wen menjeling tajam.

"Bae kau kat sini la. Yang kau duduk sana apahal ? Dodok sineyyyy"

Pft. Yela yelaaaa

Aku bangun dan menuju kearah Wen. Mukanya yang mencuka aku pandang dengan senyuman.

"Gedikla bae ni. Aku dodok sebelah Joe pun jealous. Bukannya aku gi dodok sebelah pompuan lain ke a...."

"Ainnulllllll"

Belum sempat aku habiskan ayat, Dahlia memanggil dari luar. Serentak dengan itu, aku melompat bangun dan berlari kearah kaunter yang berada diluar bilik komputer

"Woi bitch jalan jelaa takyah lari"

Suara Wen bagai angin yang masuk ke telinga kanan dan keluar dari telinga kiri HAHAHA!

Setelah menyiapkan kertas kertas fotostat yang diminta oleh Dahlia, aku kembali menyibukkan diri dimeja yang diduduki oleh Wen dan Johidah.

Mereka masih bergelak ketawa sambil membaca beberapa keping kertas. Apa benda yang happy sangat tu ? Aku merampas salah satu kertas itu dan membacanya.

Oh lol screenshot chat Johidah rupanya. Aku membaca dengan tekun. Sesekali aku tersenyum dan ketawa. Kertas kertas itu bertukar tangan.

"Kalau boleh nak minta kau tolong tengok kat library kalau ada lagi. Mati la aku kalau ada orang lain jumpa"

Suara Sahidah membawa aku kembali kedunia realiti.

"Okk. Esok pagi aku tengok"

Aku menamatkan perbualan sebelum menyambung sesi beradu yang diganggu oleh gadis pendek itu. Haih dugaan dugaan....

KesalahanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang