13

525 9 0
                                    

"Aku nak pergi tandas jap"

Kataku kepada Fadh. Dia mengangkat mukanya dari kertas soalan matematik.

"Nak ikut"

Aku teragak agak sebelum mengangguk. Dia terus bangun dan mendapatkan aku yang sudah berdiri dihadapan pintu kelas. Blazer aku yang terletak di atas meja Fadh capai sebelum dia pakai. Blazer dia yang berwarna coklat dicampak kepadaku.

Pelik juga bila dia pakai kemeja kuning dengan blazer hijau. Tapi aku layankan je.

Kami berjalan menuju ke tandas yang bersebelahan library. Kami terserempak dengan Puan Tengku, guru addmaths.

"Tolong panggilkan kelas 4 Anggerik dan Cempaka. Suruh diorang naik bilik media"

Telingaku sempat menangkap bait bait arahan Puan Tengku kepada seorang pelajar tingkatan dua.

4 Ang dan Cemp. Ah sudah. Tu kelas Joe dengan Wen. Hmph aku mati kalau dia nampak aku dengan Fadh kat sini.

Sebaik sahaja keluar dari tandas, aku mengajak Fadh ke library. Nak cari kertas Sahidah, dan mengelak dari bertembung dengan Joe dan Wen.

Sliding door bilik komputer aku tolak perlahan. Aku membuka lampu dan kipas sebelum menghidupkan aircond.

Kertas kertas yang berselerakan di atas meja aku kutip satu persatu. Bukan kertas screenshot Johidah. Mana perginya ? Bilik ni bukannya besar pun, takkan boleh hilang ? Kalau diikutkan, bilik ni tak buka lagi, sebab lampu kipas semua tak dibuka.

Aku mencari di segenap ruang. Di rak buku lama, di kawasan fotostat machine, di komputer, di rak permainan chess, di kawasan laminating, namun masih tidak kujumpa. Takkan kertas tu ada kaki nak keluar ?

Aku mengintai dari pintu lutsinar library. Kelihatan pelajar pelajar tingkatan 4 sedang berpusu pusu naik kebilik media. Sebaik sahaja memastikan semua pelajar 4 Ang dan Cemp sudah naik, aku dan Fadh keluar dari library.

Belum sempat aku turun tangga, suara gelak ketawa Wen dan Joe kedengaran dari bawah. Ah sudah, minah dua orang ni belum naik! Nak lari, tak sempat. Aih, tawakal jela. Apa nak jadi, jadi lah. Heartbeat aku laju, jantung berusaha keras menghantar oksigen keseluruh badan.

Aku berjalan di hadapan, manakala Fadh dibelakang. Blazer Fadh aku pegang kerana dia masih memakai blazer aku. Lagilah Wen fikir lain nanti, aduhai masak aku!

Sebaik sahaja terpandang aku dan Fadh, Joe terus menutup mata Wen demgan sebelah tangannya. Wen yang terkejut terus menolak tangan Joe dari mukanya dan terdiam seketika apabila ternampak Fadh. Mukanya berubah menjadi keruh dan kami berselisihan di tengah tengah tangga.

Aku memberi isyarat mata "tolong aku" kepada Joe, namun dia buat tak nampak. Alahaaai cibai punya member.

Tangan Wen aku capai sebelum aku tarik dia ketepi. Jelas mukanya nampak tidak puas hati.

Salinan jadual kelas aku yang berada di poket kemeja aku keluarkan sebelum aku serahkan kepada dia. Dia memandang aku tanpa suara, namun aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Mestilah dia tak suka when aku jalan dengan Fadh, even aku cakap aku dengan Fadh tak lebih dari kawan baik. Fadh yang sedari tadi menunggu aku dibawah aku pandang sekilas. Tangan Wen aku lepaskan sebelum menuju kebawah. Wen terus naik ke bilik media bersama Joe. Kejap lagi la aku pujuk dia...

                        ***********

"Dia yang nak ikut aku dohhh"

Aku hampir menangis apabila bercerita dengan Sahidah. Dia nampak tenang ketika berfikir. Please la percaya, buddy kau ni innocent....

KesalahanWhere stories live. Discover now