18 - I

515 10 0
                                    

-Hari Sukan-

Aku mengerling jam di pergelangan tangan kiriku. Baru jam 6.30 pagi, masih awal. Aku melangkah terus ke kantin dan membeli dua bungkus roti dan sepeket oreo yang panjang. Setelah membayar harga makanan yang aku beli, aku terus berjalan ke tarmac, tempat semua murid berkumpul sebelum menaiki bas untuk ke Msn Setiawangsa.

Mataku melilau di setiap pelusuk tarmac, mencari jika ada salah seorang rakanku yang sudah sampai. Aku taknak duduk dalam bas seorang diri, atau dengan stranger yang sudah tentu akan membuatku rasa tak selesa.

Aku tersenyum apabila ternampak seorang gadis comel berbaju oren yang berdiri membelakangiku. Segera aku berlari kearah gadis itu dan memeluknya dari belakang. Dia yang terkejut terus memalingkan badannya menghadapku.

"Kau ni kan... terkejut kita"

Aku melepaskan tawa. Aina mengacah hendak menamparku, namun aku bagi dia muka acah comel, terus dia surrender, tak jadi berkasar.

"Sorry ah. Aku sesorang tadi, nampak kau terus excited"

Aina hanya menggeleng kepala melayan karenah merepekku pada awal pagi yang tidak berapa nak indah ni.

"Duduk ngan kita eh dalam bas"

Alahaaai sopannya minah senget ni. Aku mengangguk.

                    **************

Kami berjalan menuju ke arah bas yang diparkir agak jauh dari sekolah. Sambil berjalan, kami bergurau dan bertepuk tampar. Barisan yang pada mulanya tersusun, kini berterabur seperti kambing keluar kandang.

Aku dan Aina memilih seat tengah, tidaklah bising sangat. Budak budak di belakang semuanya jenis nakal, bising sana sini.

Sedang asyik aku mengisi borang kedatangan, Aina mencuitku. Aku mengisyaratkan dia untuk tunggu sebentar dan meng-pass borang itu kepada orang belakang. Aku membetulkan kedudukanku dan mula memberikan tumpuan kepada Aina.

"Kita nak bagitau kau ni"

Aku mengangguk

"Haritu au, kita ada la terjumpa tarika maya tu"

Aduh, perempuan gila tu lagi. Aku dah mula tak sedap hati.

"Dia tanya kita, 'kak ainnul dengan Wen dah putus ke ?' Dia tanya kita macam tu. Kita rasa sakit hati je weh"

Katanya dengan muka tak puas hati. Marah betul si Aina ni. Aku meneruskan pendengaran.

"Kita tanya la dia, 'kau nak ainnul ke ?' pastu dia senyum senyum je weh"

Fuh rilek Ain rilek. Aku menarik nafas dan hembus dengan perlahan sebelum...

"Tak, benda sekarang apa masalah dia ? Takkan dia tak faham aku tak suka dia ? Asal, dia happy la kalau aku dengan Wen putus ? Suka la tengok relay orang hancur ? Macam tu ? Eyy dia tu memang psycho la sial. Perempuan macam dia layak kena tampar je. Fuck her life la kimak"

Aku melepaskan das das bahasa yang kurang sopan dan tidak patut didemgar oleh pelajar bawah umur. Pagi pagi lagi dah tambah dosa, haih apa nak jadi ?

Aina terkebil kebil sebelum mengipaskan aku dengan kipas tangan milik Anim. Mana dapat kipas tu ? Heeee shhhhhh

Suasana menjadi sepi seketika sebelum Aina memecahkan kesunyian.

"Kau tidur la dulu. Lambat lagi nak sampai. Driver bas ni boleh sesat pulak. Kau rehat, nanti kita kejutkan kalau dah sampai"

Aku mengangguk dan melelapkan mata disamping Aina.

                  ****************

Aku tersedar sebaik sahaja dikejutkan dengan suara Cikgu Shasha, cikgu favourite aku. Dia ajar aku sains tahun lepas.

KesalahanWhere stories live. Discover now