11 Disember 2016
Aku membuka mata perlahan lahan dan terdengar sayup sayup ringtone telefonku. Dengan muka yang masih mamai, aku mengangkat panggilan yang menganggu pagiku yang indah
"Hai sayang. Bangun la, harini nak hang out"
Suara Wen menyapa dari hujung sana, penuh keterujaan yang membuatkan aku tersenyum. Haih, made my day betul la.
"Pergi mandi. Nanti kau lambat"
Arahnya apabila aku masih membisu.
"Kau ni tidur lagi ke ?"
"Ye ye dah bangun dah ni"
Aku menyahut dengan suara serak. Aku dengar dia ketawa kecil. Setelah mengatakan bahawa aku sayangkan dia, Wen mematikan perbualan. Aku bangun dan menarik tuala dari belakang pintu. Belum sempat aku melangkah keluar dari bilik, telefonku berbunyi menandakan ada mesej yang menanti.
Aku membuka pass telefonku dan membuka mesej itu. Dari Wen. Aku kembali merebahkan badan keatas katilku.
Pergi mandi
Aku hanya tersenyum. Awal lagi, gumam hatiku
Kejap lagi la. Sejuk doh
Takde takde, nanti lewat sayang. Janji pukul 11 kan. Sekarang dah pukul 9.30
Alahaiiii. Lemah betul bila dia panggil aku macamni. Gedik pula hati ni nak beat laju laju. Eyyy
Aku berdiri dihadapan almari pakaianku. Aduh nak pakai apa ni.. Kepalaku sedikit berpusing.
Setelah berfikir dan bertafakur selama 10 minit, aku memilih untuk memakai seluar jeans hitam, baju t lengan panjang yang aku pakai ketika pesta bulan (ala ala mengenang hari pertama official together gitu) dan bawal crepe berwarna hitam juga. All black lagi, cane tak panas ?
Sebelum memakai tudung, aku menepek krim muka dari Glow Glowing yang memang menjadi pilihan aku. Diteruskan dengan foundation dan bedak muka. Aku calitkan sedikit mascara ke bulu mata lentikku dan eyeliner. Akhirnya, aku mengambil lipstick perisa cherry kegemaranku dan mengoles lembut pada bibir.
Aku tersenyum pada cermin, puas hati dengan natural beauty yang tak perlu di makeup dengan tebal.
Jariku lincah bergerak di atas keypad telefon, memaklumkan pada Sahidah bahawa aku telah sedia. Aku menyarung ballet flat shoes berwarna hitam bagi melengkapkan imej 'cool' aku.
Harini 11 Disember, genap 1 tahun 7 bulan Sahidah bersama Joe. Kami berempat akan menyambut mereka di salah satu pusat beli belah yang terkemuka di Kuala Lumpur.
Sesampainya aku dan Sahidah di pusat beli belah itu, kami melangkah terus ke Tgv cinema dan duduk dikerusi yang disediakan di hadapan Each A Cup.
"Weh mana dorang ni ? Lambat ah"
Sahidah membebel apabila sudah lebih 15 minit kami menunggu Joe dan Wen.
Aku menyumbat earphones kedalam telingaku dan tidak mempedulikan sekeliling.
20 minit
35 minit
45 minit
"Ya Allah! Dorg pergi makan"
Jeritan Sahidah menyebabkan aku tersedar dari alam mimpi. Muka Sahidah give up tahap nak pelengkung kepala orang!
Aku memeriksa telefon bimbitku. Dari Wen
Bie, aku makan dulu tau. Kat toast box
Allahu, pahal la aku tak terfikir nak tanya ?
Aku mengajak Sahidah ke Popular. 'Dari mereput tunggu perempuan tu lebih baik aku pergi tengok notebook' aku menggumam

ANDA SEDANG MEMBACA
Kesalahan
Teen FictionKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...