Warning: This chapter a little bit dirty. So kalau rasa tak ngam jangan baca
Aku menolak pintu library dan menahannya sehingga Wen masuk. Pintu itu ditutup sebelum aku berjalan ke kaunter dan menulis namaku di buku duty. Wen menuju ke sebuah meja dan menarik kerusi lalu duduk dan mula menyiapkan kerja sekolahnya.
Buku buku yang penuh di troli aku capai dan susun di rak mengikut jenis dan nombor. Blazer yang tersarung kemas dibadan aku buka dan beri kepada Wen. Tali leher yang sedikit longgar aku ketatkan. Aku kembali menyambung tugasan menyusun buku yang tergendala akibat blazer tadi.
Sedang aku asyik menyusun buku, ada satu tangan yang memegang tanganku dan menyebabkan aku tersentak. Aku mengalihkan kepalaku kepada si manusia yang berani memegangku di hadapan Wen. Maya!
"Yes Maya ?"
Aku memberikan dia senyuman palsu dan menarik tanganku perlahan lahan.
"Takde apa, Maya saje nak terkejutkan akak"
Aku gelak. Terpaksa!
"Haha Maya buat apa kat sini ?"
Aku bertanya
'Alahai pahal dia ni kat sini ?'
Aku berkata dalam hati. Minah ni dahla psycho. Tak habis habis nak melekat ngan aku.
"Maya nak temankan akak"
Dia kembali mendapatkan tangan aku. Aku melepaskan ketawa terpaksa lagi. Bulu romaku meremang. Ew dia ni kenapa ?
"Eh kenapa pula ? Wen ada teman akak. Maya balikla. Dah lewat"
Aku menunjuk ke arah tempat Wen duduk. Tetapi, eh ? Wen tiada disitu!
'Aduhaiiiiii dia ni time gini la dia nak hilang'
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
"Haah, dia ada bae yang boleh teman dia. Kau takyah susah. And please, tangan kau tu jauhkan. Tangan dia ni aku punya"
Suara Wen muncul dari belakang. Leher aku dia peluk dan dia meletakkan dagunya di atas bahuku. Dia menghadiahkan jelingan maut kepada Maya.
Maya membuat muka cemberut sebelum melepaskan tanganku. Dia memberikan senyuman manis kepadaku sebelum melangkah keluar dari library.
Sebaik sahaja Maya hilang dari pandangan, Wen terus memusingkan badanku menghadap dia.
"Semalam Dahlia, harini Maya. Esok siapa pulak ?"
Wen memerli dengan muka menyampah.
"Dia yang kacau aku"
Aku meraih tangan Wen. Dia roll eyes
"Kau boleh je reject dia kan ? Kalau aku tak bangun tadi memang sampai sekarang la dia gedik nak flirt dengan kau"
Bapak penjealous dia ni.
"Ha yela, sorry okay ? Aku tak layan dia dah lepas ni"
"Kau better jangan layan dia or else aku gi tampar dia depan semua orang"
Gulp. Aku mengangguk sebelum menarik dia duduk dimeja dan menyambung kerja sekolah dia. Aku pula memyambung kerja library yang tertangguh buat kali kedua.
Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 3.05. Duty start pukul 2.30, tapi sampai sekarang aku seorang sahaja librarian yang bertugas. Mana yang lain ? Dah lewat. Aku mendengus.
"Pahal kau ?"
Tanya Wen. Dia memandang aku yang berdiri dihadapan dia.
"Mana librarians lain ? Asal aku sorang je duty ?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Kesalahan
Novela JuvenilKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...