Aku menjeling kalendar yang tersadai di atas meja belajarku. 20 Disember 2016. Alahai, lagi 11 hari sebelum mula tahun baru, dan 12 hari sebelum sekolah dibuka.
Aku bangun dari pembaringanku dan melangkah keluar dari bilik. Belum sempat aku duduk di atas sofa ruang tamu, angah menegurku
"Awal kau bangun ?"
Aku mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menekan punat on. Baru 8.54 pagi. Aku hanya membiarkan soalan angah sepi tanpa jawapan. Angah menghempas badannya ke sofa disebelahku dan menarik tin biskut sebelum menyumbat sekeping ke dalam mulutnya.
*tiittt tittt*
Bunyi notification serentak dengan cahaya biru menarik perhatianku. Telefon yang berada di atas meja kecil di hadapanku pantas dicapai.
29 haribulan kan kau kena buka bilik spbt. So aku datang eh ?
My one and only, Wen. Aku tersenyum dan membalas message itu.
So, kami akan jumpa lagi, 29 Disember.
-29 Disember 2016-
Sudah beberapa kali aku menghantar message kepada Wen, namun Whatsapp hanya memberiku satu tick sebagai tanda messages itu tidak sampai kepada Wen. Aku hanya berfikiran positif dengan memikirkan bahawa dia sedang bersiap dan bersarapan. Aku segera memakai kasut dan menutup pintu sebelum meninggalkan rumah yang sepi tiada penghuni.
Aku berjanji dengan Wen, kami akan berjumpa di bilik spbt sebelum pukul 8.30 pagi. Namun, 8.34 pagi, Wen masih tidak memunculkan diri. Disebabkan aku harus ke perpustakaan sekolah untuk gotong-royong, aku meninggalkan pesan kepada kawan-kawan ku supaya menunggu Wen di bilik spbt.
*feeling used but i'm still missing you and i can't see the end of this...*
Telingaku menangkap beberapa bait lagu I Hate You, I Love You yang menjadi ringtone panggilan telefonku. Aku meninggalkan penyapu yang aku gunakan tadi dan terus membuka beg sandangku yang terletak di atas meja. Belum sempat aku menjawab panggilan yang sudah tentunya dari Wen, panggilan itu bertukar menjadi missed call.
Aku keluar dari perpustakaan dan pergi ke tandas yang terletak disebelah. Sekali lagi telefonku berbunyi dan bergetar, menandakan ada panggilan masuk. Aku masuk ke salah aatu tandas dan menjawab panggilan itu.
"Hello ?"
"Weh, aku minta maaf sangat-sangat. Mama tak kejut aku pergi sekolah. Aku baru bangun and tengok dah lewat. Mama pun dah pergi office dia"
Wen.. menangis ? Aku menarik nafas sedalam yang boleh dan cuba memujuk dia. Walaupun aku sedikit kecewa, tapi bukan salah dia. And aku tak boleh marah dia since dia bukan ajk spbt ataupun pengawas pusat sumber yang harus menghadirkan diri untuk gotong-royong.
"It's okay. Jangan la nangis. Alaa, jumpa buka sekolah nanti okay ? Berapa hari je lagi"
Aku cuba berlagak tenang. Air mata aku cuba tahan dari jatuh. Tak, aku taknak nampak lemah and kecewa sangat. Hati aku sakit, yes aku dah excited untuk beberapa hari ni. And aku kena sabar lagi for few days sebelum aku dapat jumpa dia on first day of school.
Selepas hampir setengah jam, aku menamatkan perbualan kami dan kembali fokus kepada tugasan.
Aku hanya memikirkan Wen sepanjang aku melakukan kerja. Pantang nampak budak cina, mesti ingat tu Wen.
Aku mengangkat buku dari satu rak ke satu rak yang lain. Agak berat dan sukar. Namun, seperti biasa aku harus berlagak cool.
"Dah tauu berat takyah la acah sado. Kau tu dah la baby"
Ingatanku kembali kepada Wen. Kalau dia ada, dia mesti suruh aku angkat satu satu, atau dia yang akan angkat. Aku tersenyum, yea rindu. Terlalu rindu.
Tepat jam 12 tengah hari, aku melarikan diri dari perpustakaan dan turun ke bilik spbt. Kelihatan kawan-kawanku sedang sibuk mengira stok buku yang keluar masuk. Aku mengambil tempat disebelah Amy dan menghulurkan sebuah tupperware yang berisi ayam masak merah.
Sepatutnya, ayam tu untuk Wen. Since ayam tu kegemaran dia, dan aku boleh dikira sebagai chef tak bertauliah dan tak terkenal, aku mengambil mandat dan bangun pagi untuk masakkan ayam tu. Tapi, dah bukan rezeki dia.
Amy dengan bahagia dan gembira lagi berlapang perut menerima ayam itu. At least kawan aku happy, kan ? Aku tersenyum dan memujuk diri sendiri. 'Alaa, next time boleh masak lain'
Aku mengeluarkan telefon dan menghantar chat kepada Wen.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kesalahan
Teen FictionKisah percintaan dua gadis di sebuah sekolah puteri. Ain dan Wen, walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia di sisi masing-masing. "Kau kata kau takkan tinggalkan aku ?" "Maaf, tapi hati aku terlalu sakit" Peiyan, seorang senior yang...