Di fakulti civil.
Handphone Dahlia berbunyi menandakan msg masuk. No tak dikenali terpampang di skrin.
"Assalamualaikum Dahlia. Ni saya Adam. Macam mana kesihatan dah okay ke?" Baca Dahlia dengan suara yang perlahan. Dahlia menjadi pelik. Bagaimana dr. Adam dapat nombor nya. Dia ternampak Ros dan Mira masuk fakulti.
"Ros. Mira. Aku nak tanya. Korang ada bagi ke nombor aku kat doktor tu?" Tanya Dahlia kepada sahabat2nya.
"Haah. Aku yang bagi. Kenapa?" Tanya Ros pelik.
"Kenapa kau bagi? Kau tak bagitahu aku pon." Dahlia terkejut dengan perbuatan Ros.
"Eh. Aku dah minta izin kau ye. Sebelum kau tertidur semalam. Kau cakap bagi je lah. So aku pon bagi jelah." Jawab Ros. Dahlia mula mengingatkan kejadian semalam dan menepuk dahi. Memang dia yang suruh bagi.Di Klinik Kaseh.
Setelah beberapa tahun dia anti dengan wanita kerana kejadian yang menimpa dia. Yang paling sakit antara hubungan2 yang dia lalui. Yang terakhir itu adalah paling sakit sekali.
(Throwback.)
Pada esok hari akan berlangsung hari pertunangannya. Adam berjalan bersiar2 di taman itu untuk menenangkan hatinya yang berdebar. Tiba2 Adam terhenti. Dia ternampak sesusuk tubuh badan yang sangat dikenalinya sedang bermesraan dengan seorang lelaki. Dengan langkah yang laju, Adam menuju kepada mereka berdua. Satu tumbukan kuat kepada muka lelaki itu.
"Kau buat apa kat sini dengan bakal tunang aku?" Jerit Adam.
"Owh ni yang bakal tunang you sayang? Btw sebenarnya dia dah tunang dgn aku dulu dan minggu depan kami akan langsung kan pernikahan. So engkau dengan angan2 nak tunang kau boleh blah." Kata lelaki itu.
"Weyh Adam!!!!" Tiba2 Adam tersentak dan tersedar daripada termenung.
"Kau tak boleh cakap perlahan2 ke Farhan?" Marah Adam.
"Tu pintu tu. Kalau bernyawa dah lama dia ketuk kepala aku sebab aku ketuk banyak kali. Kau tu yang pekak. Apa yang dimenungnya tah." Kata Farhan.
"Oh yeke? Ada apa ni?" Tanya Adam.
"Tu ada pesakit. Ada masalah kat x-ray." Kata Farhan.
"Kejap lagi aku sampai" Adam mengemas baju kemeja nya dan memakai pakaian doktor.
YOU ARE READING
Pahit Manis (Completed)
Romance"Antara suka dan cinta tidak tahu mana satu perasan yang wujud untuk lelaki yang dekati aku. Aku rasa seperti di himpit dengan perasaan rimas. Hanya satu lelaki yang aku kejar tetapi tidak pernah pandang diri aku walaupun dia tahu aku kejarkan dia"...