Adam menjadi serabut. Dia ingin kan Dahlia di depan matanya. Dia rindu kan Dahlia. Sudah 2 hari Dahlia diculik. Farhan melihat Adam menjadi kesian. Farhan tahu perasaan nya sangat perit. Mereka telah melapor kan pihak polis. Pihak polis sedang mengesan tempat si penculik. Tiba2 telefon Adam berbunyi. Tertera nombor polis.
"Encik kami dah mengesahkan dimana tempatnya. Encik perlu datang ke balai dan encik perlu berada dalam pelan kami." Kata polis itu. Adam dan Farhan dengan cepat pergi ke balai polis.
Di sebuah rumah banglo.
"Dahlia. Kenapa susah sangat untuk kau terima lamaran aku?" Fiqri bermain pistol dimuka Dahlia.
"Kenapa kau buat aku macam ni Fiqri? Kau juga yang tak nak aku dulu." Dahlua menangis teresak2.
"Itu dulu. Sekarang aku gila kan kau Dahlia. Aku sangat2 gila kan kau. Hahahahahahah." Bergema gelak Fiqri di dalam banglo itu.
Pihak polis telah berada ditempat yang dirancang. Adam dengan berhati2 berjumpa dengan Fiqri untuk menyerahkan wang yang dimintanya.
"Mana Dahlia?" Soal Adam.
"Kau nak tengok dia ke? Mesti kau rindukan. Kesian. Dia milik aku lah." Fiqri senyum dengan jahatnya.
"Please. Aku nak tengok dia. Sekejap pon tak ape." Adam merayu.
"Okay. Aku bagi peluang dengan kau." Fiqri masuk ke dalam banglo itu. Adam mengekori Fiqri. Fiqri berhenti di sebuah pintu bilik.
"Kau hanya boleh tengok dia di sini sahaja." Kata Fiqri.
"Dahlia." Adam memanggil Dahlia. Dahlia dikejutkan dengan suara yang dia amat kenal.
"Adam. Tolong saya Adam." Dahlia meronta ingin dilepaskan. Menitis air mata Adam melihat Dahlia tidak terurus. Diikat tangan dan kakinya. Fiqri pergi dekat kepada Dahlia dan membuka ikatan kakinya. Dia membangunkan Dahlia dan berjalan ke arah Adam.
"Dengan duit ni. Aku akan berkahwin dengan Dahlia." Kata Fiqri dengan bongkak. Fiqri berjalan ke keretanya.
"Jangan bergerak. Kami polis. Letakkan senjata dan berundur 10 tapak." Fiqri terkejut dengan kehadiran polis. Fiqri meletakkan pisaunya ke bawah dan melangkah beberapa tapak dengan perlahan Fiqri mengeluarkan pistol dari poket seluarnya dan tindakkan itu telah diperasaan oleh seorang polis. Fiqri ditembak dan tumbang ke tanah dengan pistol berada ditangannya. Adam berjalan ke arah Dahlia. Tiba2 Adam ternampak Fiqri bergerak dan mengacukan pistol ke arah Dahlia. Adam berlari ke arah Dahlia dan satu tembakan telah dilepaskan. Tembakan itu terkena belakang Adam. Adam rebah didepan Dahlia. Dahlia meraung disitu. Dahlia memeluk Adam yang dibanjiri darah di situ. Dahlia menangis dengan teresak2nya. Dahlia mula terfikir. Kenapa? Kenapa hidup ku penuh dengan pahit?
ANDA SEDANG MEMBACA
Pahit Manis (Completed)
Romance"Antara suka dan cinta tidak tahu mana satu perasan yang wujud untuk lelaki yang dekati aku. Aku rasa seperti di himpit dengan perasaan rimas. Hanya satu lelaki yang aku kejar tetapi tidak pernah pandang diri aku walaupun dia tahu aku kejarkan dia"...
