5 tahun sudah berlalu. Dahlia juga semakin berjaya sekarang. Dia menjadi jurutera untuk sebuah syarikat pembinaan. Hubungannya dengan Adam semakin rapat. Ros dan Mira juga telah menjadi bos kepada syarikat ayah mereka. Telefon Dahlia berbunyi menandakan panggilan masuk. Tetapi nombor yang tidak dikenali. Dahlia menekan butang hijau.
"Hello? Siapa ya?" Tanya Dahlia. Tetapi orang disana tidak menjawab. Hanya nafas saja berbunyi. Dahlia menjadi seram dan meletakkan panggilan itu. Satu panggilan masuk kembali. Dahlia menjadi terkejut dan melihat siapa pemanggilnya. Nama Adam tertera di skrin. Dahlia menekan butang hijau.
"Hello Dahlia. Awak free tak malam ni?" Tanya Adam.
"Hmm. Kejap saya check jadual. Rasa nya tiada. Kenapa?" Soal Dahlia.
"Saya nak ajak awak dinner pukul 8. Boleh tak?" Adam menjadi rindu untuk melihat muka Dahlia kerana masing2 sibuk dengan kerjaya masing2.
"Boleh. Apa salahnya." Kata Dahlia.
"Okay saya jemput awak ya." Adam menjadi gembira.
"Okay. Bye." Dahlia meletakkan telefonnya semula dan fokus kepada kerjanya.Malam itu. Dahlia menunggu Adam di depan rumahnya. Dia berasa seram sejuk seperti ada orang memerhatikan dia. Adam tiba didepan rumah Dahlia. Dahlia dengan cepat2 masuk ke dalam kereta.
"Dahlia. Maaf terlambat. Tadi Paan masuk lambat. Rasa nak seligi kepala dia." Adam membebel sorang2. Dahlia tergelak dengan kuat. Adam terkejut. Dahlia terhibur dengan gelagat Adam.
"Kenapa Dahlia?" Adam menjadi cemas. Dan dia tertanya adakah ini Dahlia.
"Awak ni kelakar lah. Membebel macam perempuan. Ada je tak kena." Dahlia menahan sakit perutnya.
"Itulah bakat terpendam saya. Saya kan doktor. Saya memang suka bebel kat pesakit2 saya yang degil." Adam berceloteh.
"Alamak. Lepas ni habis lah saya duduk satu bumbung dengan awak. Kalau saya degil habis saya kena bebel." Kata Dahlia tanpa sedar. Adam terkejut kenyataan yang keluar dari Mulut Dahlia. DUDUK SEBUMBUNG. Dahlia tersedar dengan percakapannya. Dia menjadi malu. Suasana dalam kereta itu menjadi sunyi sepi.
YOU ARE READING
Pahit Manis (Completed)
Romance"Antara suka dan cinta tidak tahu mana satu perasan yang wujud untuk lelaki yang dekati aku. Aku rasa seperti di himpit dengan perasaan rimas. Hanya satu lelaki yang aku kejar tetapi tidak pernah pandang diri aku walaupun dia tahu aku kejarkan dia"...