Di sebuah rumah. Fiqri berjalan ke sana ke sini dengan dendam yang membuku.
"Kenapa ye? Bila aku ajak keluar dia tak nak. Tapi bila laki tu ajak keluar kemain suka lagi. Dia kata dah maafkan aku tapi kenapa dia mengelak dari aku. Tak apa. Kau tunggu permainan aku pulak." Fiqri membelek pistolnya.Dahlia mengemas barang2 dia atas mejanya. Dia perlu pulang awal. Kerana ada temu janji dengan Adam. Tak lama lagi mereka akan bernikah. Jadi perlu bersiap sedia dengan barang2 yang diperlukan. Dahlia membuka kunci kereta tiba2 seorang lelaki memasuki kereta Dahlia di bahagian sebelah pemandu. Dahlia terkejut kerana dia diacukan pistol.
"Cepat bawak kereta ni. Jangan buat perkara bodoh nanti kau jugak yang mati dengan pistol ni. Kau gerakkan kereta. Bawak ke mana aku suruh." Kata lelaki itu dengan keras. Dahlia dengan mengigil dan rasa ingin menangis turut saja kata2nya.Malam itu. Adam berhenti di depan rumah Dahlia. Dia berasa pelik kereta Dahlia tiada. Lampu rumah tidak terbuka. Dia cuba call Dahlia beberapa kali tidak diangkat oleh Dahlia. Adam call pula Ros dan Mira. Mereka berdua juga tidak tahu Dahlia ke mana. Adam tidak duduk diam. Kemana pula Dahlia pergi. Dia mula berasa tidak sedap hati. Adam ingin berjumpa dengan Ros, Mira dan Farhan. Mereka berempat mula cemas.
"Kita report polis nak?" Tanya Ros.
"Tak boleh selagi tak 24 jam." Kata Farhan pula. Adam mendiamkan diri. Adam tidak terurus dirinya.
"Rileks Adam. Kita akan jumpa Dahlia." Kata Mira menenangkan Adam. Tiba2 telefon Adam berbunyi. Nombor yang tertera diskrin tidak diketahui. Adam menekan butang hijau.
"Kau nak Dahlia selamat. Kau batalkan segala perancangan kau yg kau nak nikahkan dia dan bawa wang Rm1juta." Kata lelaki dalam talian itu.
"Eh kau sape hah? Kenapa kau nak halang pernikahan aku dengan Dahlia?" Adam menjadi berang dengar kata2 lelaki itu. Tiba2 panggilan itu putus. Adam mula berasa serabut. Kenapa begini sekali ujian untuknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pahit Manis (Completed)
Romance"Antara suka dan cinta tidak tahu mana satu perasan yang wujud untuk lelaki yang dekati aku. Aku rasa seperti di himpit dengan perasaan rimas. Hanya satu lelaki yang aku kejar tetapi tidak pernah pandang diri aku walaupun dia tahu aku kejarkan dia"...