Part 8

322 14 0
                                    

Adam tidak tahu kenapa dia asyik terfikir tentang Dahlia. Sedangkan hati dia dah mati terhadap perempuan. Tetapi dia tetap berhati2 juga. Nombor yang terpampang diskrinnya terus dia dail. Tetapi ia tak dijawab.
"Weh. Adam." Adam terkejut dengan sergahan itu.
"Aduh Paan. Tolong lah jangan bagi aku terkejut." Adam mengusap2 dadanya.
"Hahaha sorry2. Hah kau ada apa ajak aku lepak ni. Jarang kau nak ajak aku lepak. Biasa lah orang bekerjaya." Perli Farhan.
"Haihh ape lah kau ni. Aku nak cakap sesuatu dengan kau. Aku ada usha sorang perempuan ni. Tapi aku still fobia lah." Kata Adam.
"Wah. Member aku dah terbuka hatinya. Situasi macam kau ni kena siasat dulu bro dia macam mana." Kata Farhan.
"So kau ada plan tak?" Tanya Adam dan Farhan senyum seperti kerang busuk.

Di bilik asrama.
Dahlia menunaikan solat Zohor. Di sebab kan final exam sudah dekat jadi dia meminta segalanya dimudahkan. Dia ingin membuktikan kepada semua orang yang dia bukan calang2 orang. Dan dia juga ingin tunjuk kepada Fiqri siapa dirinya yang sebenar. Dahlia melipat telekung dan sejadah yang dipakai. Dia melihat telefon bimbitnya ada 1 misscall. Dahlia terus call nombor itu kembali. Dahlia menunggu deringan nya dan panggilannya di angkat.
"Hello. Doktor ada call ke tadi?" Tanya Dahlia.
"Haah. Ada. Dahlia jangan panggil saya doktor. Panggil saya Adam je." Kata Adam.
"Erm baik lah Adam. Ada apa ye?" Dahlia tergesa2 kerana ingin study bersama rakan2nya.
"Oh. Saya nak ajak awak makan. Awak free tak?" Adam berharap Dahlia free.
"Maaf lah Adam. Saya tak free. Final saya nak dekat jadi saya memang tak free. Maaf ye." Jawab Dahlia.
"Oh yeke. Maaf ganggu. Good luck. Okay lah saya pergi dulu." Adam hampa dengan jawapan Dahlia. Dahlia meletakkan telefon nya di dalam beg tangan dan terus bersiap2.
"Dahlia dah ke belom?" Tanya Ros yang sedang membawa begnya.
"Kejap. Sikit lagi." Jawab Dahlia.
"Adoii lambat nya lah minah ni." Mira saja menyakitkan hati Dahlia.
"Haih sabar ler." Okay dah siap." Dahlia mengambil beg tangan nya dan terus pergi ke pintu memakai kasut.

Mereka bertiga berjalan ke perpustakaan. Tiba2 di sebuah taman Ros dan Mira terlihat  seorang lelaki yang amat dikenali mereka bersama seorang wanita. Ros dan Mira tiba2 menghalang perjalanan Dahlia.
"Dah kenapa korang ni? Tiba2 je. Cepat lah kita dah lambat nak study ni." Dahlia meneruskan perjalanan dan Dahlia terpandang kepada lelaki dan wanita itu. Hati Dahlia retak seribu untuk kali kedua. Lelaki dan wanita itu berpegangan tangan. Dahlia mula melarikan diri.

Pahit Manis (Completed)Where stories live. Discover now