Dahlia sedarkan diri daripada tidur yang lena. Untuk entah keberapa kali dia masuk ke hospital kerana pengsan. Dahlia melihat sekeliling bilik cuma ada seorang lelaki sedang tidur di sofa iaitu Adam. Dahlia menjadi pelik, dimana Ros dan Mira. Dahlia ingin mencapai gelas yang berisi air di atas meja itu. Dia berusaha untuk mencapai tanpa menganggu Adam yang sedang tidur. Tangan Dahlia sudah dekat dengan gelas tetapi gelas itu terjatuh ke lantai dan pecah. Adam terjaga daripada tidur yang lena.
"Eh Dahlia. Awak nak minum ke?" Tanya Adam.
"Maafkan saya. Saya tiada niat untuk terkejutkan awak." Kata Dahlia.
"Eh tak apa. Kalau nak apa2 minta je kat saya. Ros dengan Mira keluar ke fakulti untuk berjumpa pensyarah." Kata Adam.
"Saya dah banyak menyusahkan orang. Sampai awak pon terlibat. Sedangkan kita baru kenal." Dahlia mula menangis.
"Eh jangan macam ni Dahlia. Ini semua ada hikmah. Mungkin Allah hantarkan saya untuk tolong awak. Lagipun saya ikhlas tolong. Awak berehat lah. Lagi awak fikir lagi awak sakit." Adam cuba menenangkan Dahlia.
"Awak boleh tolong saya tak?" Tanya Dahlia.
"Tolong apa?" Adam mula bingung.
"Tolong jadi kekuatan saya. Selain Mira dan Ros saya rasa awak salah satu kekuatan saya di sini memandangkan parents saya jauh dari saya." Kata Dahlia.
"Boleh Dahlia. Saya sentiasa ada untuk awak." Di dalam hati Adam mula terdetik rasa gembira sedikit. Adam akan berusaha lebih lagi.
"Terima kasih." Dahlia mula mengantuk dan tertidur.
"Sama2 sayang." Adam berbisik supaya tidak didengari Dahlia. Adam cuba setenang2nya untuk mengambil hati Dahlia. Dia seperti boleh terima dengan hati yang terbuka luas sejak mula2 bertemu dengan Dahlia. Masing2 ada kesah pahit dan manis. Adam berharap Dahlia lah gadis hatinya yang satu. Dia telah mula menyiram kasih sayang nya terhadap Dahlia. Tetapi Dahlia ini bukan seperti gadis yang dikenalinya. Sejak dia bertemu Dahlia lagi, Adam dapat merasakan Dahlia ini gadis yang sangat lain. Dengar kesah pahitnya, Adam tahu Dahlia mempunyai kesetiaan yang tinggi.
YOU ARE READING
Pahit Manis (Completed)
Romance"Antara suka dan cinta tidak tahu mana satu perasan yang wujud untuk lelaki yang dekati aku. Aku rasa seperti di himpit dengan perasaan rimas. Hanya satu lelaki yang aku kejar tetapi tidak pernah pandang diri aku walaupun dia tahu aku kejarkan dia"...