Ros dan Mira kesian melihat muka yang lemah itu. Mereka berdua keluar daripada wad itu meninggalkan Dahlia berehat disitu. Keluarganya jauh di Terengganu tetapi keluarganya akan melihatnya pada masa terdekat.
"Macam mana ni? Kesian lah tengok Dahlia macam ni." Kata Ros.
Adam yang sudah tahu cerita sebenar Dahlia menjadi hampa kerana dia ingin memenangi hati Dahlia.
"Eh Adam. Kau kenapa ni senyap je. Dah jadi bisu ke? Jangan risau even Dahlia suka orang lain kau tetap ada peluang lagi untuk memenangi hati dia." Kata Farhan. Adam pulak membuntangkan mata suruh perlahan kan suara dan disebabkan itu Ros dan Mira terdengar apa yang Farhan kata.
"Betul ke ni Dr.Adam?" Ros menanya dengan teruja.
"Erm ya. Tapi saya ada kesah saya sendiri. Saya ingin tahu adakah Dahlia seorang yang mulia hati nya." Kata Adam.
"Dahlia ni okay sebenarnya. Cuma dia tak suka dipaksa dan berkata soal kahwin. Saya boleh cakap kenal dulu hati budi nya dan bersabar. Saya pon takut doktor kecewa je nanti. Dia seorang yang susah terima orang dalam hatinya, nak2 untuk jadi partner life dia." Kata Mira tentang ciri2 Dahlia yang sudah lama dikenalinya.
"Macam mana Dahlia boleh suka dekat Fiqri sedangkan Fiqri dah tahu yang Dahlia suka dia tapi buat tidak tahu pula dan boleh menyakitkan hati Dahlia pula?" Soal Farhan.
"Itu panjang kesahnya. Dulu mereka rapat tetapi disebabkan seseorang membocorkan rahsia nya kepada Fiqri dan Fiqri mula menjauhkan diri dari Dahlia kerana Fiqri sudah kata pada Dahlia yang dia tidak berminat untuk bercinta dan tidak suka orang menyukai dia. Bermacam2 cara dia buat untuk Dahlia tidak suka dia. Dan punca Dahlia jatuh sakit adalah kerana perbuatan dia." Cerita Ros.
"Adam kau still ada peluang. Kau cuma ikut saje perancangan yang aku buat." Kata Farhan.
"Tapi aku takut." Kata Adam.
"Kami boleh bantu. Kan Ros." Kata Mira dan pandang Ros.
YOU ARE READING
Pahit Manis (Completed)
Romansa"Antara suka dan cinta tidak tahu mana satu perasan yang wujud untuk lelaki yang dekati aku. Aku rasa seperti di himpit dengan perasaan rimas. Hanya satu lelaki yang aku kejar tetapi tidak pernah pandang diri aku walaupun dia tahu aku kejarkan dia"...