Part 14

301 10 1
                                    

Dahlia dan Adam berada di restauran 5 bintang. Dahlia menjadi segan kerana tak nak menyusahkan Adam untuk membayar mahal.
"Pesan je apa awak nak." Kata Adam.
"Ni semua mahal lah Adam. Kita pergi tempat lain je lah. Lagi pun banyak lagi kedai2 murah yang boleh buat kita kenyang." Dahlia berasa serba salah. Kerana makanannya semua mahal2.
"Tak apa. Awak pesan je. Saya memang nak ajak awak makan sini." Adam cuba untuk menguji Dahlia. Ini adalah salah satu pelan Farhan. Dia ingin melihat adakah Dahlia seperti perempuan2 yang pernah hadir dalam hidupnya. Iaitu materialistik.
"Adam please. Kita tak perlu membazir. Kat luar tu lagi sedap. Ini mahal sangat lah Adam." Dahlia memujuk Adam.
"Kalau macam tu. Saya ikut lah kata awak." Rancangan yang dibuat oleh Farhan membuahkan hasil. Dahlia bukan seorang yang gilakan harta. Kebanyakkan perempuan yang dia jumpa pasti akan makan disitu. Dan memesan makanan yang mahal banyak2. Tapi Dahlia lain. Adam memandu kereta nya ke kedai makan yang lain. Adam pergi ke pelan yang seterusnya. Dahlia melihat kedai makan itu seperti tiada orang dan ada lilin diatas meja.  Dahlia menjadi pelik. Kedai makan ini selalunya akan penuh. Dahlia melihat jam. Baru pukul 9. "Dahlia awak duduk dulu ya. Saya ingin ke tandas." Kata Adam.
"Okay. Saya tunggu." Kata Dahlia. Dahlia melihat sekeliling kedai. Tiba2 dia terperasan gambarnya ada di setiap sudut kedai. Gambar dia sedang senyum. Sedang gelak. Dan terhenti kepada satu gambar. Gambar dia dan Adam ketika konvo nya dulu. Tiba2 lagu romantik dipasang. Adam keluar dengan sejambak bunga. Dahlia terkejut. Adam melutut di depan Dahlia.
"Saya tahu. Awak tidak suka dipaksa. Tapi saya ingin melamar awak dahulu sebelum orang lain. Saya tak kesah. Saya sanggup tunggu untuk jawapan awak." Adam menghulurkan bunga itu kepada Dahlia. Dahlia menitiskan air mata terharu. Dahlia seperti dihargai. Dahlia seperti boleh terima kehadiran Adam. Tiada rasa rimas. Dahlia mengambil bunga itu.
"Saya terima lamaran awak." Kata Dahlia.
Adam terkejut dengan secepat itu Dahlia membuat keputusan. Tiba2 tepukkan yang kuat. Mira, Ros dan Farhan muncul disebalik pintu.
"Tahniah bro." Farhan menepuk bahu Adam.
"Dahlia!! Baguslah. Kau boleh terima Adam. Kita orang bersyukur sangat." Ros dan Mira memeluk Dahlia. Air mata Dahlia berguguran gembira.
"Aku sayangkan dia sejak dia mula caring pasal aku." Dahlia berkata pada Mira dan Ros.
 Malam itu menjadi satu malam bahagia kepada meraka berlima. Tetapi menjadi malam dendam yang kuat kepada seorang lelaki yang mengekori Dahlia daripada rumahnya.

Pahit Manis (Completed)Where stories live. Discover now