"Maaf lah. Kita putus" dengan rasa rimas dan terselit rasa bersalah terhurai juga perkataan itu dari mulut Dahlia.
"Tapi kenapa Dahlia?" Khairul cuba menahan rasa sedih dan kecewa nya kerana dia telah serius dengan hubungan yang di bina dengan Dahlia selama sebulan. Dia sudah mula rasa sayang dengan Dahlia.
"Saya mampu kata maaf je. Mungkin awak bukan jodoh saya." Dahlia bercakap dengan rasa sabar. Kerana dia betul-betul rimas. Setiap lelaki yang dekat dengan nya tak pernah ada rasa cinta. Cuma dia berasa suka kerana ada peneman untuk bersuka ria.
"Tak pe lah Dahlia. Saya berharap awak akan ubah fikiran. Saya tetap menunggu awak." Dengan rasa sebak Khairul cuba bersabar.
" Awak tahu kan saya macam mana. Kalau saya tak nak, saya memang tak nak. Mulai hari ni kita tak ada pape dan jangan contact saya langsung. Muktamad. Bye." Dalam hati mula berasa rimas, Dahlia mencapai beg tangan nya dan terus pergi dari tempat itu dengan meninggalkan Khairul.
Dahlia seorang gadis berumur 23 tahun. Dia mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik tarikan lelaki. Sesiapa yang pandang dia terus jatuh cinta kecuali seorang lelaki bernama Fiqri.
YOU ARE READING
Pahit Manis (Completed)
Roman d'amour"Antara suka dan cinta tidak tahu mana satu perasan yang wujud untuk lelaki yang dekati aku. Aku rasa seperti di himpit dengan perasaan rimas. Hanya satu lelaki yang aku kejar tetapi tidak pernah pandang diri aku walaupun dia tahu aku kejarkan dia"...