Part 3

397 13 5
                                        

Dahlia tersenyum lebar dengan hadiah di tangan berjalan ke arah fakulti robotik. Hari itu adalah hari yang sangat penting untuk nya kerana hari jadi Fiqri. Dahlia berhenti di depan pintu fakulti itu dan terdengar perbualan 3 orang sahabat itu. Tiba2 dia terdengar suara yang agak tinggi.

"Aku tak nak! Faham tak! Tak nak! Dia tu mempermainkan banyak hati lelaki. Kalau dia dengan aku benda sama juga yang akan berlaku!" Dahlia terus tersentap dengan kenyataan yang keluar daripada mulut orang yang dia kejar selama ini. Dahlia dengan lemah melepaskan hadiah ditangannya menghempas lantai. Dahlia berlalu pergi dengan hati yang dihiris dan menitiskan air mata.

Di bilik asrama.

"Miraaa!!!! Laparrrr!!!" Teriak Ros.

"Sabar boleh tak. Aku tengah masak lah ni." Marah Mira.

"Hehehe. Lapar sangat weyhhh. Sampai aku tak boleh fokus nak study ni" kata Ros sambil membaringkan badan.

"Engkau bila2 masa je tak boleh fokus study" jeling Mira.

"Jangan lah marah" senyum Ros kegedikan.

 Tiba2 pintu bilik di buka dari luar. Dahlia dengan lemah melangkah masuk ke dalam.

"Hah ni sorang lagi. Hilang entah kemana. Kita orang bangun2 je dah hilang. Kau pergi mana? Eh jap2 muka kau kenapa bengkak2 ni? Kau nangis eh? Kenapa lagi ni Dahlia?" Bertubi2 soalan Mira kepada Dahlia.

"Aku.. aku.. " tidak sempat habis ayatnya air mata nya mengalir dengan derasnya.

"Duduk dulu Dahlia. Tenangkan diri kau dulu. Baru cerita." Ros menenangkan Dahlia.

Pahit Manis (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang