-Raja Andhika Sadewa-"Beta seru namamu,dikaulah
permaisuriku."💍"Nadia..." Tubuh Nadia yang senget ke sebelah tingkap aku goyangkan sedikit.
"Nadia!" Oktaf suara aku naik 1 anak tangga. Ish! Mati ke apa minah ni? Nauzubillahiminzalik la wey!
"Wey bangun la, kita dah sampai ni!" Aku merapatkan sedikit tubuhku ke sisi tubuh Nadia supaya suara aku lebih kuat didengari olehnya.
"Ha??" Dia terjaga. Matanya digosok-gosok sedikit. Mungkin hendak menghilangkan mamai.
"Kita dah sampai ni." ulang aku lagi.
"Ha! Dah sampai? Ye ke? Wah!" Dia sudah macam kera mendapat bunga apabila melihat suasana di luar tingkap bas. Teruja terlebih! Padahal perkarangan SK Kampung Raja saja pun.
Nak tahu bagaimana aku tahu? Aku usha signboard nak masuk laluan sekolah ni tadi. Setelah kaki sudah menjejak ke tanah negeri Terengganu ini seraya turun dari bas, aku dan Nadia mula melangkah ke perut bas dan mengambil beg-beg pakaian yang telah dibawa bersama. Kawan-kawan yang lain pun sibuk mengambil beg-beg pakaian mereka juga jadi kami terpaksa menunggu sekejap giliran kami. Beg aku senang. Galas dekat belakang saja tetapi beg 'minah senget' ni, hurm bertarik bagai sebab beg roda.
"Orang nak datang climbing la ngekk! Yang kau bawak beg roda ni pe hal?"
Nadia tersengih.
"Ala...beg ni pun boleh galas dekat belakang juga ape,ha kau tengok ni."
Nadia mengangkat beg roda yang juga ada tali galas beg dibawahnya lalu ditunjukkan kepada aku.
"Ni jugak! Siap aku boleh galas di bahu sisi lagi k." Kemudian dia menarik 2 tali di kiri dan kanan beg tersebut yang boleh disangkutkan di bahu sisi.
Aku membuat kening double jerk.
"Mm...ok."
"Ok je?"
"Ye la, ok je lah. Kenapa? Kau nak aku komen apa lagi?"
"Ye lah, kot la kau nak kata, Wah Nad! Bijaknya kau. Bawa beg yang berfungsi 3 dalam 1 cara nak membawanya and bla...bla...bla..."
"Ahakks...Kau ingat ni nescafe ke wey? Nak bertiga dalam satu bagai. Boleh belah la." Aku hampir ketawa dengan kata-kata Nadia di sebelah.
"Dah jom. Semua orang dah berkumpul dan beratur tu. Mesti cikgu sudah nak bagi taklimat tu." Aku mengajak Nadia ke dataran perhimpunan kawasan sekolah yang tidak jauh dari tempat kami berdiri sekarang. Beg-beg pakaian dibawa bersama.
"Assalammualaikum murid-murid sekalian. Alhamdulillah, kita telah sampai ke destinasi tujuan kita untuk berkumpul dengan selamat berkat daripada perlindungan Allah S.W.T dan sebelum apa-apa cikgu nak kamu mengenali beberapa pegawai yang mahir mengenai selok-belok dalam kawasan hutan dan pergunungan Yong Belar itu nanti,dahulu."
Kedengaran suara Cikgu Malik akan digantikan dengan suara insan lain pula. Aku cuba berjengket sedikit untuk melihat gerangan yang akan bercakap itu. Mentang-mentang aku ni ketot, tinggi aku 157 cm saja berbanding kawan-kawan lain yang jauh lebih tinggi maka aku dihadang-hadangkan ya, huwaa...Mak tok!
Tiba-tiba tangan aku ditarik seseorang ke dalam kelompok kawan-kawan perempuan yang berada di hadapan.
"Nah kau nak tengok sangat. Tak tengok muka orang bila dengar suaranya memang tak sah la kau ni."
Aku tersengih.
"Thanks Alia. Sayang kau. Hihi."
Aku mula memandang ke hadapan. Oh seorang pak cik rupanya.
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
FantasyCinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...