-Raja Andhika Sadewa-
'Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku.'💍
Aku menoleh ke kiri. Erghh! Kenapa ni?
Pantas aku mengiring tubuh ke sebelah kanan pula. Terasa masih serba-serbi tidak kena. Aku mengubah posisi tidur kepada menelentang pula. Mataku memadang tepat ke arah langit-langit kelambu di atas.
Tidak semena-mena wajah dan senyuman itu muncul di permukaan putih abu-abu langit-langit kelambu itu. Automatik tubuhku terbangun dari pembaringan.
"Argh! Dah kenapa dengan aku ni?" Aku menggeleng laju kepala. Kenapa aku asyik terbayangkan wajah dan mata itu?
Aduh! Aku tak boleh lah nak lupakan pandangannya. Pandangan....
Pandangan yang terkandung sesuatu. Entah kenapa aku dapat rasa ada sesuatu dalam pandangan mata itu. Dan memandangnya membuatkan aku rasa begitu tenang. Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan adegan kami sebentar tadi. Macam mana lah aku boleh menoleh juga ke belakang?
Tapi....betul ke baginda pernah tengok rambut aku? Cara baginda bagitahu seumpama dia boleh lihat semua pergerakan dan aktiviti aku. Takkan la....
"Argh!" Tidak semena-mena aku terjerit kecil dan jeritan aku membuatkan beberapa orang suri menyerbu masuk ke dalam kamarku.
"Tuanku permaisuri tidak apa-apa? Apa yang sudah berlaku?" soal suri Mawar dalam nada begitu cemas.
Suri-suri lain pula sibuk memandang sekeliling. Mungkin tercari-cari sesuatu yang menjadi punca aku menjerit.
Aku pantas menggeleng.
"Ta-tak, saya baik-baik saja lah. Saya mimpi ngeri sebentar tadi." bohongiku kepada suri Mawar walhal aku menjerit sebab memikirkan tentang....
Aduh! Aku tak nak fikir!
Aku menggeleng-geleng menghalau fikiran itu. Suri Mawar kelihatan bingung melihatku.
"Tuanku tidak apa-apa ka?" suri Cendawan pula datang ke katilku. Selakkan pintu kelambu yang dipegang oleh suri Mawar berganti tangan kepada suri Cendawan pula. Suri Syahidah juga datang berdiri di samping suri Mawar.
"Tak, saya baik-baik saja. Cuma mimpi ngeri." Aku mengulangi balasanku tadi kepada suri Cendawan pula.
"Mimpi ngeri? Bagaimana bentuk mimpi itu? Ia boleh jadi satu mimpi yang membawa petanda buruk atau..." Suri Cendawan berjeda sejenak dan 3 orang suri itu saling berbalas pandangan.
"Atau?" aku menyoal dengan penuh tanda tanya.
"Atau mungkin ada uguwan yang ingin menghantar malapetaka kepada tuanku." sambung suri Cendawan.
Aku pantas menggeleng. Seram pula aku dengar tapi aku bukan mimpi ngeri pun, aku tipu je mereka ni.
"Ta-tak apa lah. Saya rasa mungkin sebab saya fikir pelik-pelik,jadi sampai terbawa-bawa dalam mimpi."
Tipu saja lah!
"Betulkah tuanku?" suri Mawar menyoal lagi dalam riak kerisauan. Sebegitu juga suri-suri yang lain, mereka semua datang ke katilku.
"Ya,betul. Saya tidak apa-apa. Tak apa, kamu semua keluarlah, pergi lah berehat." ujarku. Kesian pula dekat diorang nih.
"Patik sekalian tidak tidur. Patik-patik memang menjaga tuanku di luar." ujar suri Cendawan.
Huh? Gila, dok berjaga sebab nak awasi aku je?
"Takkan la kamu semua tak mengantuk?" Aku menyoal dalam nada terkejut.
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
FantasyCinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...