🔮 Bab 7

16.9K 1.3K 139
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

"BONDA!"

Cemeti yang baru sahaja hendak dilibaskan ke belakang tubuhku automatik terhenti. Suasana lembah hukuman itu tidak semena-mena bertukar sunyi sepi.

Bonda? Siapakah pemilik suara itu? Kedengaran lantang suara seorang lelaki dari atas sana tapi siapa lagi yang akan memanggil Ratu Permaisuri dengan panggilan bonda melainkan....

Raja Andhika!

Jantung aku sudah berubah tempo rentaknya, jika tadi rentak yang dimainkan berirama lain tetapi kali ini iramanya juga sudah bertukar lain. Jika tadi aku rasa ketakutan tetapi debaran kali ini lebih kepada perasaan gementar. Nak sahaja aku mendongak ke atas melihat bagaimanakah rupa si gerangan Raja Andhika itu tapi aku malu. Malu untuk bersetentang mata dengannya, maka aku hanya mampu berterus-terusan menunduk sahaja di sini.

"Kenapa anakanda?" Kedengaran suara Ratu Permaisuri menyoal.

"Beta titahkan hukuman ini dihentikan! Dan gugurkan hukuman ini!" sunyi sepi tiada siapa pun yang berani menjawab tetapi tetap kedengaran dari atas sana suara-suara yang tidak berpuas hati.

Ratu Permaisuri di sebelah, aku kerling. Wajahnya kelihatan tidak begitu berpuas hati.

"Tetapi hukuman ini tidak bisa dihentikan begitu sahaja!Anakanda!Anakanda!" Cemeti di tangannya terus dilemparkan, laju dia berjalan meninggalkan aku di sini seperti cuba mengejar seseorang.

Siapa? Aku pantas mendongak ke atas. Kelihatan susuk seorang lelaki laju berjalan meninggalkan kawasan lembah hukuman ini. Aku hanya dapat melihat sisi wajahnya sahaja, itu pun samar-samar kerana ia berkedudukan jauh di atas.

Adakah itu Raja Andhika?

Suasana bertukar riuh kembali saat kelibat Raja Andhika sudah sirna daripada singgahsana diraja yang berada di bahagian tempat penonton di atas sana.

"Ini tidak adil! Dia sepatutnya mati!" Suara-suara uguwan sakti yang berada di atas sana sudah mula bising dengan laungan tidak puas hati.

"Dia penyebab suri-suri istana diseksa!"

"Ya! Dia manusia pembawa malapetaka!"

Aku tahan sahaja air mata yang sudah bertakung ini daripada mengalir saat cercaan-cercaan dan penghinaan daripada uguwan-uguwan sakti itu dilemparkan kepadaku.

Setelah aku korbankan diriku untuk datang kembali ke istana ini dan selamatkan 7 uguwan suri itu, ini balasan yang aku terima? Aku sanggup berpatah balik ke sini sedangkan peluang untuk aku pulang ke duniaku hanya berada di hadapan mata sahaja tetapi ini yang aku dapat?

Ya Allah....

Kenapa Engkau uji aku dengan ujian yang seberat ini?

Aku masih lagi duduk berlutut di sini saat semua uguwan mula beransur-ansur beredar dari sekitar lembah ini. Telingaku cuba pekakkan daripada mendengar suara cacian dan makian mereka. Aku cuba menganggap ini hanya sebuah mimpi. Aku pasti akan terbangun sekejap lagi. Pasti!

Ya! Ini hanya mimpi. Mimpi bukan?

Lantas aku memejamkan mata dan berdoa di dalam hati supaya apabila aku celikkan semula mata ini, semua ini hanya sekadar ilusi sahaja dan ia akan terus sirna.

Perlahan-lahan aku mengangkat kedua-dua belah kelopak mataku. Dan ternyata tidak. Ia tetap juga bukan seperti yang aku harapkan.

Dari jauh aku memandang kosong ke arah dinding lembah tempat hukuman yang bertentangan denganku. Aku cukup blur pada ketika ini. Aku tak tahu nak buat apa.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now