- Raja Andhika Sadewa -
"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku." 💍
Andhika POV
Langkahku diorak tenang menuju ke kamar kerja. Entah mengapa persoalan Bella yang diajukan kepada diriku tadi masih berlegar-legar dibenak. Adegan bersamanya beberapa detik yang lalu, terlayar kembali di imbasan kenangan.
"Kenapa saya yang perlu berkahwin dengan tuanku dan kenapa bukan Puteri Nanggung Cahaya sahaja?"
Daku terdiam tanpa jawapan. Fikiran terganggu sejenak dengan persoalan yang begitu menggoncang keberanian jiwa ini.
"Tuanku-"
"Beta rasa tidak perlu lah Bella fikirkan akan hal itu. Tiada apa yang perlu dimusykilkan. Beristirehatlah."
Daku tersenyum tawar kepadanya. Perlahan-lahan punggung diangkat dari tempat peraduan dan aku mula melangkah pergi meninggalkan kamar dan dirinya.
Sebaik sahaja tiba di hadapan kamar kerja, pintu segera dikuak oleh 2 uguwan suriwan yang sudah bersiap-siaga di hadapan kamar ini.
"Tuanku!" Belumpun sempat langkah diambil untuk mengarah ke dalam kamar. Satu suara mengendalakan langkahku.
Bendahara Seri Temin melangkah pantas ke arahku.
"Ampun taunku. Patik membawa khabar tidak baik untuk dipersembahkan kepada tuanku. Kita ada masalah besar di kota Titran."
"Apa yang sudah terjadi?"
"Patik dimaklumkan bahawa kota itu diserang satu wabak penyakit yang begitu berbahaya. Ramai nyawa rakyat jelata dan juga hamba-hamba telah diragutnya."
"Kalau begitu bersegeralah mika bersiap-sedia apa yang patut. Beta mahu berangkat ke sana, sekarang juga."
"Menjunjung titah,tuanku."
Sepasang kaki bertukar arah. Melangkah dengan tenang tetapi segera yang boleh.
"Tuanku."
Terhenti langkahku saat bertembung dengan gadis yang sebaya dengan permaisuriku ini. Puteri Nanggung Cahaya.
"Tuanku mahu ke mana? Sebentar tadi, Cahaya lihat bendahara Seri Temin seperti tergesa-gesa mengarahkan suriwan-suriwan dan suri-suri untuk menyiapkan kelengkapan tuanku. Apa tuanku mahu ke luar kota?"
"Benar, cahaya. Beta mendapat khabar buruk yang berlaku di kota Titran. Jika begitu, beta berangkat dulu ya."
Laju sahaja aku menjawab pertanyaan Cahaya dan segera aku meninggalkannya dengan senyuman manis yang terukir di bibir kami berdua.
↪↪↩↩
"Ampun tuanku, apa kita mahu beristirehat sebentar? Sudah lebih setengah hari kita merentasi perjalanan." Pertanyaan Marcadewa Mirwah membuatkan daku tersedar akan satu hal. Marcaperkasa-marcaperkasa daku yang lain juga perlukan istirehat dan tubuh mereka mengenal erti penat, tidaklah seperti tubuhku yang kebal daripada keletihan.
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
FantasyCinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...