-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu,dikaulah
permaisuriku."💍
KELOPAK-KELOPAK mata aku kuak perlahan-lahan saat terdengar bunyi seperti suara-suara sedang berbual berhampiran denganku. Perkara pertama yang terhidang di hadapan mata ialah langit-langit putih abu-abu. Apakah ini? Apa yang sedangku lihat ini? Mataku cuba mengenal pasti dengan baik. Ia seperti langit-langit sebuah kelambu. Kelambu? Adakah...Aku sedang terbaring di atas sebuah katil? Mataku yang dikecilkan untuk mengenal pasti objek pertama yang terpandang oleh retinaku pantas dibesarkan semula dan pandanganku mula meliar memandang sekeliling.
Terus pandangan menangkap beberapa susuk gadis cantik yang berpakaian serba-serbi putih. Mereka seumpama bidadari syurga cuma kenapa kepala mereka tidak bertutup? Tetapi bidadari-bidadari syurga memang tak pakai tudung pun. Eh? Beranganlah kau Ada dapat masuk syurga, fasa amalan dihisab dengan meniti titian sirat pun kau tak lepas lagi, eh kalau aku belum mati maka aku ada dekat mana ni?
Mereka kelihatan terpinga-pinga dan tersentak apabila bertentang mata denganku. Barangkali tersedar yang aku sudah sedar daripada ketidaksedaranku.
"Permaisuri mahkota sudah sedar! Baginda sudah sedar! Lekas-lekas panggilkan Ratu Permaisuri!" Tergesa-gesa salah seorang daripada bidadari itu mengarahkan gadis bidadari-bidadari yang lain seperti yang dipintanya.
Aku menggelarkan mereka bak bidadari kerana mereka terlalu cantik, kulit mereka begitu putih suci sekali sehingga dapatku lihat urat-urat hijau di pipi mulus mereka dan sempat jugaku tenung mata salah seorang daripada mereka yang berwarna hijau cair yang tidak berkelip memandangku. Wajahnya kelihatan teruja bercampur tidak sabar sekali, barangkali mereka sebenarnya sudah menanti-nantikan saat ini. Saat apa? Adakah saat aku sedar daripada 'tidurku'?
Ya Hayyu Ya Qayyum! Sibuk aku memerhatikan gadis-gadis bidadari itu sehingga aku terlupa bahawa persoalan utama yang sepatutnya aku persoalkan pada ketika ini ialah apa yang telah terjadi kepadaku?
Kenapa mode kelucuan dalam diri aku sudah bertukar kepada mode serius? Kenapa aku tidak mampu menghuraikan segala apa yang terjadi kepada diriku sekarang dalam nada bersahaja dan bombastik seperti 2 bab yang sebelum ini?
Aku mula sedar suatu perkara....
Ini bukan dimana sepatutnya aku berada dan menjadi diriku sebenar tetapi kebingunganku yang menggunung masih belum terjawab.
Dimanakah aku sekarang?
"Ratu permaisuri sudah datang!"
Salah seorang daripada gadis-gadis bidadari itu bersuara memberitahu yang lain. Sekalian mereka segera merendahkan tubuh ,pasti sebagai tanda hormat kepada sipulan yang sedang disebut-sebut itu. Ratu permaisuri? Siapakah dia?
Pintu bilik dikuak luas dari luar. Seorang wanita yang begitu anggun dan beraura angkuh melangkah masuk ke dalam ruangan ini. Aku yang sejak dari tadi masih sedang mencerna setiap entiti disekelilingku tidak semena-mena bangkit dari pembaringan secara duduk. Aku terkebil-kebil memandang wanita di hadapanku ini. Auranya sahaja sudah mengancam inikan pula rupa parasnya. Muda sekali. Adakah wanita muda ini Ratu Permaisuri? Tak dapatku gambarkan betapa cantik dan kelihatan mudanya dia. Seperti lebih mudah daripada mama. Mata terkerdip-kerdip disusuli air liur yang ditelan sedikit payah akibat kegugupanku.
"Jelita..." satu perkataan yang terkeluar daripada bibir wanita di hadapanku ini menyebabkan aku jadi bertambah blur....
Aku lebih suka perkataan comel berbanding cantik untuk seseorang menggambarkan diri aku. Ahaksss! Lelucon aku sudah kembali! Aku sudah normal kembali! Ahaks! Muahaha....mungkin tadi aku terlebih dramatik maka sebab itulah aku jadi begitu dan sekarang Ada is back!
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
خيال (فانتازيا)Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...