🔮Bab 9

18.2K 1.2K 153
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

AKU hanya merenung lelangit kelambu di atas. Air mata sudah kering untuk mengalir. Entah sudah berapa gelen air daripada tubuh ini habis kerana menangis sahaja. Semalaman aku tidak tidur sebab menangis, menangis dan menangis. Betulkah apa yang sudah aku lakukan ini?

Ah! Bodoh! Bella Amanda bodoh! Bodoh sekali pertanyaan kau ini. Memang sudah terang-terangan jawapannya salah. Perlukah diperbahaskan lagi? Tapi aku tak punya pilihan. Salah, aku punya pilihan yang lain sebenarnya. Aku boleh saja memilih membiarkan 7 uguwan suri itu mati atau aku boleh saja memilih untuk menggadaikan nyawaku sendiri tapi aku lemah, aku tak mampu.

Aku bodoh kerana pada akhirnya aku memilih juga untuk menggadaikan maruahku sendiri, harga diriku sendiri. Andai dunia Islam tahu bahawa betapa murahnya diriku! Tidak patut aku digelar wanita Islam yang baik lagi kerana aku telah mengotorkan maruah agamaku sendiri! Sungguh! Aku wanita yang tercela!

"Selamat matahari terbit tuanku permaisuri." tersentak diri ini saat disapa oleh satu suara, lantas aku menoleh memandang ke arah gerangan pemilik suara itu.

Kelihatan suri Mawar dan beberapa uguwan suri yang lain sudah berada di dalam kamar ini. Aku tersenyum janggal kepada mereka.

"Tuanku baik-baik sahaja?" suri Mawar kelihatan risau melihat riakku yang muram durja. Aku cuba mengukir senyum kepadanya.

"Saya baik-baik sahaja." Aku berpura-pura mengeliat dan menguap. Dada sudah terasa sesak tapi aku masih tahan tangis.

"Err...suri Mawar,boleh tak kamu dan yang lain keluar dahulu sebab saya tak rasa nak bangkit dan pergi bersiram lagi." aku cuba mencari alasan untuk mereka meninggalkan aku sendirian pada ketika ini.

"Baiklah kalau begitu tuanku, nanti patik sekalian akan datang semula untuk menyiapkan tuanku,ya?"

Aku hanya mengangguk. Aku menghantar langkah mereka dengan sorotan

mata. Sebaik sahaja tubuh-tubuh itu hilang disebalik pintu, aku menyembamkan kembali tubuh ke atas katil. Aku benci....aku benci jadi manusia yang bodoh dan murahan seperti ini. Ya Allah, tariklah nyawa aku sekarang, aku sudah bermaksiat kepadaMu. Tapi...

↪↪↩↩

'Sahaja aku berniat mandi wajib, mengangkat hadas besar, niat dengan kerana Allah ta'ala.' Gayung kayu yang berisi air aku bawa ke bahagian kaki dan perlahan-lahan aku siramkan air ke bahagian kedua-dua belah telapak kaki dimulai dengan bahagian kanan, kemudian aku siramkan ke bahagian betis lalu naik ke paha dan segayung di perut yang terlindung kain basahan, gayung kubawa pula ke bahagian bahu dan perlahan-lahan aku membasahkan bahagian tubuh ini.

Mak tok sering berpesan, amalkan cara mandian seperti baginda Rasulullah S.A.W ini kerana baik untuk kesihatan. Hikmahnya sangat besar diseumpamakan satu gelas yang berada di suhu yang panas lalu kita isikan dengan air sejuk, apa yang akan terjadi? Gelas retak kerana perubahan suhu yang mendadak.

Sebegitu juga dengan tubuh kita, mak tok kata, tubuh kita cenderung ke arah suhu yang panas dan air ini sejuk, maka yang bakal terjadi jika kita terus menyiram bahagian badan dan kepala ialah angin atau wap hangat yang seharusnya keluar akhirnya tetap terperangkap dalam badan dan boleh membawa maut jika pecahnya pembuluh darah dalam tubuh.

Mak tok kata, berhenti sejenak selepas bahagian-bahagian tubuh tersebut dibasahkan dengan air, biarkan wap-wap hangat itu keluar dalam masa 5-10 saat kemudian baru lah mandi seperti biasa. Sesungguhnya, baginda Rasulullah S.A.W lah sebaik-baik ikutan.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now