-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍
Bella POV
Aku menghembus nafas berat. Kepala disandarkan ke dinding kaca. Ya, panorama sama yang menjadi tatapanku saat aku kesunyian dan keseorangan di bilik ini tapi hari ini aku tidak keseorangan kerana ada yang menemani. Raja Andhika? Sudah 3 hari aku tak jumpa dia. Selepas kejadian aku bertanyakan soalan cepu emas itu, sejak itu lah baginda seperti cuba mengelakkan diri daripada bertemu aku. Aku pun jadi bingung. Persoalan itu tetap bermain di benak tanpa ada jawapan.
Kenapa Raja Andhika berbuat demikian? Bila aku bertanya kepada suri Cendawan, katanya Raja Andhika sedang sangat sibuk sekarang ini. Ada masalah di salah sebuah kota talukan kerajaan Langkasakti. Mungkin betul la kot. Baginda seuguwan raja. Raja dan istilah sibuk itu mana la boleh dipisahkan, kan?
Tapi sebelum ini boleh saja baginda datang menjenguk aku walaupun sesibuk mana sekalipun. Kalau dia tak masuk tidur sini, habistu dia tidur di mana?Aku menoleh ke belakang. Suri Cendawan dan Suri Syahidah sedari tadi hanya berdiri di belakangku dengan kepala yang tertunduk. Sememangnya protokol istana kalau hamba itu tidak boleh sesekali meninggi wajah kepada kerabat diraja tapi bagi aku mereka bukan hamba, mereka ini seumpama teman-teman kepada aku.
Siapa aku untuk memperhambakan makhluk lain sedangkan aku juga 'hamba' di dunia ini? Sesungguhnya semua makhluk di seluruh alam ini adalah ciptaan Allah yang Maha Esa yakni tuhan semesta alam.
"Tuanku." suri Cendawan menyeru.
"Apa tuanku muak berada di dalam kamar ini?" soalnya.
Jawapan apa yang sepatutnya aku berikan ya? Bosan ataupun tidak?
"Tidak apa-apa suri Cendawan. Saya baik-baik saja."
"Jika tuanku mahu keluar bersiar-siar di sekitar dalam atau luar istana, patik berdua sedia menemani tuanku."
Aku tersenyum saat kata-kata itu terungkap daripada bibir Suri Syahidah yang jarang sekali berkata-kata. Kata-kata suri Syahidah mendapat anggukan dan senyuman daripada suri Cendawan yang mengiyakan.
Hari ini suri Mawar tiada bersama kerana terpaksa pulang ke kampung disebabkan ibunya yang sedang sakit tenat. Aku turut berasa sedih atas ujian Tuhan kepadanya.
↪↪↩↩
Tersenyum bibir memandang persekitaran luar istana disekeliling. Langkah dihayun perlahan menikmati suasana kehijauan rumput dan tumbuh-tumbuhan unik berpagar yang memayungi diriku pada saat ini. Aku tak pernah sedar pun ada taman yang sangatlah cantik di kawasan istana. Menyesal tak cuba terokai dari awal-awal. Langkah perlahan terhenti. Wajah didongak memandang lubang berbentuk bintang pada pepohonan rintis di atas. Cantik. Mata dapat meneroka langit yang kebiruan. Kedamaian meresap ke dalam kalbu. Tanpa sedar tubuhku mulai ke bawah dan aku membaringkan tubuh di atas rumput-rumput taman yang sebegitu lah selesa.
"Tuanku. Mengapa berbaring di bawah? Nanti kotor pakaian dan tubuh tuanku."
"Tidak mengapa, biarkan saya berbaring di sini. Saya ingin berehat sebentar."
Kedua-dua belah tangan, aku bawa ke atas perut. Mata memandang tepat ke dada langit yang berada dalam keluasan bintang yang terbentuk di daun-daun beratap berbentuk kubah itu.
Ya Allah. Aku tahu sesungguhnya engkau Maha Mengetahui segala apa yang aku ketahui dan tidak aku ketahui. Aku tidak tahu apa yang tersembunyi di dalam rahsia-Mu tentang takdirku di sini namun aku percaya Engkau lebih tahu apa yang Engkau rancangkan itu adalah yang terbaik untukku, maka pintaku satu. Cukup kurniakan aku ketabahan untuk mengharungi hidupku di sini.
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
FantasiaCinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...