🔮 Bab 13

14.4K 1.1K 87
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Andhika POV

"Bella!" Daku mengejar langkahnya. Kelihatan dia melintasi ruangan lobi istana ke arah kiri.

"Raja Andhika!"

Langkah yang baru diorak menjadi tergendala. Daku menoleh ke arah namaku dilaung. Bibir tersenyum saat memandang gerangan gadis yang sosoknya sebaya dengan Bella. Dia yang berdiri di pintu masuk lobi istana mula mengorak langkah ke sini.

"Puteri Nanggung Cahaya?"

Dia tersenyum lebar kepadaku.

"Tuanku." Langkahnya dihentikan saat tubuhnya sudah berdiri tegak dihadapanku. Dia memegang kedua-dua sisi gaun kembangnya dan menunduk tanda hormat kepadaku.

"Apa Cahaya buat di sini?" Aku tersenyum manis kepadanya. Sudah lama dia tidak ke sini sejak pertunangan daku dan dirinya terbatal. Walaupun perpisahan itu diterima dengan berlapang dada oleh kedua-dua buah keluarga namun Puteri Cahaya kelihatan membawa diri dan sekarang baru dia datang bersua lagi.

Dia sedikit tertunduk dan tersenyum malu.

"Patik sudah lama tidak ke mari jadi patik datang kerana patik rindu sama tuanku ratu permaisuri dan-"

Kata-katanya seperti tergantung.

"Dan?" daku menyoal.

"Patik rindu tuanku."

Daku tersenyum mendengar pengakuan itu.

"Beta juga merindui Puteri Cahaya."

Wajahnya pantas diangkat memandang wajahku. Daku membalas dengan senyuman yang lebih manis ke arahnya. Senang hati dia sudi lagi ke mari.

"Lagipula beta juga sudah anggap kamu seperti adinda sedarah daging beta sendiri. Jadi kanda mana yang tidak rindu sama adindanya?"

Dia tersenyum kelat. Apa dia terluka? Sudah lama daku menekankan perasaan sebenarku kepadanya. Daku harap tiada lagi harapan di dalam dirinya untuk mengharapkan sesuatu balasan yang mustahil.

"Ya, tuanku." dia menjawab perlahan.

"Oh hampir terlupa, Cahaya datang bersama siapa? Ayahanda dan bonda berangkat sekali?" mata ditala ke arah pintu masuk di belakang, barangkali Raja Primada dan Permaisuri Lestari juga ke mari namun tiada satu bayang pun yang menunjukkan sosok dua kerabat itu.

"Tidak tuanku, patik datang sendiri. Ayahanda dan bonda tidak dapat ke mari kerana ada urusan di luar kota."

Aku memandang ke kiri. Kelihatan dia sedang berdiri sedari tadi memandang aku dan Puteri Nanggung Cahaya. Wajahnya seperti kebingungan. Senyuman kecil terukir dibibirku.

"Bella! kemari sini." aku menggamitnya. Dia seperti sedikit teragak-agak untuk datang.

↪↪↩↩

Bella POV

Pandangan memerhati lenggok seuguwan gadis muda yang sedang berjalan sehingga dia berhenti tepat-tepat di hadapan Raja Andhika. Siapa dia? Apa hubungannya dia sama Raja Andhika? Kenapa dia memanggil suamiku sesuka hatinya dengan panggilan 'kanda'? Entah mengapa aku merasa tidak senang dengan kehadiran gadis itu? Cemburu? Ah! Mustahil.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now