-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍
Bella POV"Arghhhhhh!!" Pantas aku menekup mulut menahan suara daripada menjerit lagi. Hampir menangis saat aku melihat keadaan seuguwan lelaki yang sedang terbaring dalam keadaan sadis. Tubuh badannya penuh dengan nanah dan luka. Seumpama seseorang yang menghidap AIDS. Sel darah putih dia memang sudah tidak berfungsi langsung ke?
"To-tolong hamba. Ham-hamba...kesa-sakitan..." Tangannya diangkat ke arahku seperti meminta tolong.
Air mataku mula mengalir ke pipi, tidak tahan melihat keadaannya.
"Kakak, tolong kakanda hamba. Kakanda sedang sakit." Kanak-kanak yang membawaku ke sini tadi menarik-narik tanganku untuk membantu abangnya.
Aku pula menjadi buntu. Macam mana aku nak tolong ni Ya Allah?
Ihdinassirathal mustaqim...
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus yakni jalan yang benar.
Ya Allah, bantulah aku. Berikanlah hambamu ini jalan untuk membantu makhlukmu ini. Ya Allah, aku merayu...
Aku terduduk di atas tanah. Liurku telan berkali-kali. Bagaimana aku nak bawa lelaki ini ke gudang pesakit? Nak papah bersama-sama adiknya? Mustahil mampu. Aku sebagai gadis pun tak mampu nak pikul abangnya, walaupun abangnya kurus sahaja tapi bila orang sakit, mereka sudah tiada daya untuk bergerak. Tenaga aku dan kanak-kanak ini tidak akan cukup. Andai pergi ke gudang pesakit pun, penawar penyakit ini pun masih belum ditemui. Tiada apa yang mereka dapat lakukan. Habis itu? Takkan nak dibiarkan saja lelaki ini di sini?
"Huh...ya Allah... aku memohon petunjukmu Ya Allah. Tiada dayaku melainkan dengan pertolonganMu ya Allah. Beri aku jalan ya Allah." aku tertunduk ke bawah sambil menangis. Setitis demi setitis air mata aku jatuh ke tanah. Tiba-tiba aku teringatkan mak tok. Satu memori lama terlintas di fikiranku.
"Isk....isk...isk...sakit mama...Ada sakit. Ada tak tahan. Uhuk! Uhuk!Arghh! Sakitt." Aku meraung-raung sambil tangan tidak henti-henti menggaru tubuh.
"Sabar sayang, mak tok nak ubatkanlah ni. Sabar ya."
"Uhak...tak nak!! Sakit!" Aku tidak henti-henti menggaru. Tubuhku hampir seluruh badan sudah luka-luka.
"Jangan garu Amanda, nanti luka gatal lagi teruk." mak tok melarang. Aku memandang mak tok sekilas sambil bibir tersebik-sebik. Air mata tetap mengalir deras di pipi.
"Mak, kulit Amanda ni sudah kenapa mak? Kenapa teruk sangat rupanya. Amanda sakit apa ni mak?" mama menyoal.
"Papa! Ada nak jumpa doktor. Papa! Bawa ada ke hospital!" aku meraung-raung sambil menukuh baju papa.
"Sabar sayang. Mak tok nak ubatkan. Kita terima rawatan daripada mak tok dulu ya."
Aku menggeleng-geleng tak nak. Aku memandang daun yang tengah diramas-ramas oleh mak tok dalam besen itu. Daun apa tu? Aku nak kena mandi dengan daun tu ke?
Aku melihat mulut mak tok terkumat kamit saat meramas-ramas daun tersebut di dalam air. Mak tok tengah buat apa ni? Orang tengah gatal tak sangga-sangga ni! Mak tok boleh menyanyi dengan daun pulak.
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
FantasyCinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...