🔮 Bab 16

14.3K 1.2K 99
                                    

- Raja Andhika Sadewa -

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Andhika POV

Daku melangkah keluar dari kamar kerja. Waktu sudah menjangkau tengah malam. Suasana istana juga begitu sunyi kerana para uguwan istana sudah ramai yang masuk mengelamkan mata. Hanya tinggal suriwan-suriwan yang bertugas untuk mengawal istana sahaja. Langkah kubawa ke kamar Bella. Bagaimana aku bisa terlupa akan janjiku untuk beradu bersama-samanya pada malam ini? Pasti gerangannya sedang menunggu kedatanganku.

Sebaik sahaja memasuki ruangan tengah biara yang sudah sunyi, tangan daku ditarik seuguwan.

"Cahaya." Aku memandang Cahaya yang sedang menarik tanganku pada ketika ini. Entah ke mana gerangannya mahu membawa diri ini.

"Cahaya mahu membawa kakanda ke mana?" Si gerangan hanya terdiam tanpa menjawab persoalan. Tangannya masih menarik tangan ini untuk mengikuti langkah pantas tersebut. Daku hanya mampu menurut. Untunglah seisi istana sudah sepi daripada uguwan. Jika tidak, apa kata mereka andai melihat keadaanku dan Cahaya pada saat ini.

"Cahaya." Tangan segera dilepaskan daripada pegangannya sebaik sahaja diriku ditarik sehingga menghampiri hutan di belakang istana. Tangan yang terlepas menyebabkan langkahnya juga terhenti.

"Mana Cahaya mahu membawa kakanda dan ada apa ini? Kenapa langkah mika seperti tergesa-gesa melarikan beta?"

Cahaya membelakangi diriku. Tubuhnya masih tidak menoleh ke belakang.

"Cahaya..." Daku menyeru lembut namanya.

Sesaat selepas itu si gerangannya menoleh. Tersentak diri ini ketika terpandang sepasang matanya yang bergenang.

"Cahaya, kenapa mika menangis? Apa yang sudah terjadi?" Daku mula berasa risau.

"Kanda Dhika cintakan Cahaya,bukan?" ujarnya dalam nada serak.

Wajahku serta-merta bertukar bingung.

"Soalan apa yang sedang Cahaya pertanyakan ini? Cahaya sendiri tahu-"

"Tuanku berkahwin dengan gadis manusia itu kerna mahukan zuriat semata-mata, bukan?" Sabdaku dipotong laju oleh gerangannya. Lidah daku terkelu tanpa bisa meneruskan kata. Bagaimana si gerangannya tahu akan rahsia ini?

"Dari mana Cahaya dengar akan berita ini?" Dada mula tidak berasa tenang tapi riak wajahku masih cuba bermain watak yang tidak berasa gundah.

"Dari mana Cahaya tahu itu tidak penting tapi mengapa tuanku mesti berkahwin dengan gadis manusia itu hanya semata-mata untuk mendapatkan zuriat sedangkan Cahaya juga boleh mengurniakan zuriat untuk tuanku?"

"Itu Cahaya tidak perlu tahu. Apa yang sedang terjadi bukan urusan Cahaya. Beta tidak suka sesiapa mencampuri urusan beta. Beta harap Cahaya berhenti di sini sahaja dan jangan sibuk mencari tahu rahsia beta lagi." Tiada lagi panggilan kakanda yang daku bahasakan kepadanya namun daku masih cuba bertutur dengan nada yang sopan demi menjaga hati kecilnya.

Tidak semena-mena air mata yang bergenang mula pecah di empangan tubir mata gadis yang daku anggap hanya sebagai adinda ini.

"Sampai hati tuanku berbuat begini kepada Cahaya. Tuanku tahu betapa Cahaya cintakan tuanku dan Cahaya juga yakin tuanku cintakan Cahaya tapi disebabkan gadis manusia itu-"

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now