🔮 Bab 18

14.2K 1.1K 106
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku." 💍

Andhika POV

Haruman tubuhnya benar-benar mengocak jiwa namun diri tahankan saja gelodak hati. Niat di kalbu hanya sekadar mahu mengusik si gadis pemalu. Hembusan hangat nafas masih menyentuh leher jenjangnya. Sepasang mata tertutup rapat dengan dada yang sedang berombak-rombak. Sungguh jelas kegementarannya. Aku tersenyum lucu dapat mengenakan gerangan. Perlahan-lahan ulu kuangkat dari sisi leher si gerangan.

Tubuhnya masih diam tanpa berkutik. Bahunya daku lepaskan perlahan-lahan. Senyuman masih belum lekang di bibir. Si gerangan masih berdiri kaku di hadapan. Ulunya begitu dekat di dada. Mencium haruman rambutnya benar-benar menambahkan getaran di jiwa. Daku hanya mampu bertahan melawan kocakan naluri sang laki-laki.

"Berapa lama Bella mahu berdiri begini?" suara daku menyentak dirinya, pantas si gerangan menoleh ke belakang. Sipi, bibir merahnya mahu mencium dada ini.

Daku tersengih kecil saat melihat kedua-dua sisi pipi mulusnya yang mula memerah.

"Ma...maaf tuanku. Saya ingatkan...."

"Ingatkan apa? Apa yang bermain di benak Bella pada saat itu?"

Gerangannya tidak semena-mena tercengang dan menjadi tidak tentu arah. Bibir bawahnya digigit, barangkali dia sedang menahan perasaan.

"Apa Bella berfikir beta benar-benar memaksudkannya?"

Si gerangan hanya menunduk tanpa menjawab.

"Beta hanya bercanda. Usah terlalu didebarkan, atau..."

Tubuh daku rendahkan dan wajah mendekati sisi telinganya.

"Bella benar-benar mahu berasmara di sini?"

Laju dia menoleh ke sisi seakan-akan mahu menafikan kata-kataku. Zap. Waktu seakan-akan terhenti. Pandangan kami berdua menyatu. Wajah yang begitu dekat membolehkan daku meneroka seluruh inci wajah mulusnya. Aku tersenyum seulas kepadanya dalam jarak yang sedekat ini. Dia tidak membalas, barangkali masih terpegun.

Cup! Satu ciuman daku labuhkan di pipi kanannya. Tercengang dia memberikan reaksi.

"Mengapa mesti berkhayal? Apa Bella terpukau dengan kemolekan rupa beta?"

"Ha? Takla! Saya...saya dah habis mandi. Saya keluar dulu ya." Pantas si gerangan menonong bergerak ke arah sisi kolam dan naik ke atas. Daku hanya tersengih kecil melihat kekalutannya. Lucu.


Bella POV

"Erghhh..." aku menekup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan. Apa ni? Memalukan diri sendiri saja kau ni Ada. Mana kau nak letak muka ni?Huhu....

Aku memandang ke bawah melihat pakaianku yang basah lencun disebabkan mandi tadi. Saat mata terpandang dada sendiri. Ish! Jarangnya. Pantas kedua-dua belah tangan melindungi bahagian tubuh di hadapan.

Bilik tiba-tiba dimasuki beberapa suri rumah tumpangan yang aku pasti mereka suri yang sama yang menyambut kedatanganku dan Raja Andhika tadi.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now