-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku." 💍
Bella POV
Aku menguak mata perlahan-lahan. Tubuhku yang sedikit bergoyang membuatkan kepala sedikit terasa pening sementelah aku hanya tidur sambil menyadar di dinding kayu yang rata. Dah berapa lama aku tidur untuk kali yang ketiga sepanjang perjalanan ni? Tak sampai-sampai lagi ke? Aku menyelak langsir tingkap kereta kuda ini. Seuguwan marcaperkasa dengan pakaian besi berperisainya lengkap kelihatan begitu siap siaga dengan pedang yang tersisip kemas di sisi pinggang dan dia menunggang kuda di sisi kereta kuda ini. Aku menelan liur. Gerun pulak aku tengok topi besi yang menutupi kepala dan seluruh wajah hingga ke lehernya itu. Tak nampak apa pun.
Seakan-akan tersedar dirinya sedang diperhatikan, dia menoleh memandangku. Serta-merta dia menundukkan kepala seperti memberi tanda hormat. Aku juga menundukkan kepala sedikit untuk membalasnya.
Raja Andhika mesti sedang berada di hadapan bersama-sama dengan marcaperkasa-marcaperkasa saktinya yang lain. Huhu, aku teringin nak bertanya sesuatu tapi nak tanya siapa? Aku tak berani nak tanya marcaperksa di sebelah ni. Seram aku tengok, menggerunkan. Langsir aku lepaskan menutupi jendela kembali. Apabila difikirkan semula, aku rasa begitu kagum dengan baginda. Teringat semasa mahu bertolak dari istana beberapa jam yang lalu, aku mati-mati ingat baginda akan menaiki kereta kuda ini sekali dengan aku tetapi tidak! Sangkaan aku meleset sama sekali. Dia yang menyertai marcaperkasa-marcaperkasanya untuk mengemudi perjalanan.
Perwatakan Raja Andhika menimbulkan seribu satu kehairanan dalam benak aku, bagaimana seorang raja boleh belagak seperti seuguwan hamba yang biasa? Sedangkan dialah raja yang sepatutnya dilindungi rapi. Adakah sistem pemerintahan dunia uguwan ini memang seperti ini atau baginda seuguwan saja raja yang berperwatakan sebegini? Hurm entahlah Ada. Kau nak tahu kau kena siasat sendiri lah jawabnya.
"Dahtu nak buat apa ni? Takkan nak sambung tidur balik? Hish! Takmo lah. Dah tiga kali aku ulang tido. Gila nak tido lagi. Kang tak pasal-pasal sewel pulak aku. Uish nauzubillahiminzalik. Tersasul pulak lidah ni. Huh!" aku mengeluh bosan.
"Lambat lagi ke nak sampai ni? Tu lah! Nak ikut tergedik-gedik, rasa menyesal nak balik terketar-ketar pulak." Mulut asyik riuh membebel kepada diri sendiri. Aku merangkak ke pintu hadapan kereta kuda. Pintu aku tolak perlahan-lahan sehingga sedikit terbuka dan membolehkan aku mengintai objek-objek di hadapan. 2 ekor binatang yang serupa dengan kuda sedang bergerak mengekori marcaperkasa-marcaperkasa di hadapan. Hanya belakang tubuh-tubuh yang gagah sambil menaiki kuda itu sahaja menyapa pandangan. Mata dikecilkan, cuba memfokus kepada susuk tubuh baginda di hadapan.
Mana dia ya? Ha! Yang baju warna Merah tu! Nampak la juga sedikit. Tak jelas sebab tubuh baginda terlindung dengan marcaperkasa-marcaperkasa sado di hadapan aku ni. Huh! Berzikir je lah. Rugi pulak kalau dah bosan nak duduk saja.
"Subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar...." bibir mengulang-ulang tasbih, tahmid dan takbir yang dibaca. Bibir anda kekeringan? Ha! Jangan lupa basahkan dengan zikrullah, kerana ia sebaik-baik ubat ketenangan.
Dalam 1 jam aku berzikir tanpa henti, tiba-tiba kereta kuda pun berhenti bergerak. Aik? Kenapa berhenti? Aku menyelak langsir tingkap. Mengintai sedikit. Mata aku disapa satu rumah agam besar yang berkonsepkan tradisional. Terdengar suara-suara sedikit riuh seperti uguwan-uguwan sedang menyambut kedatangan kami.
Dah sampai ke? Tiba-tiba pintu kereta kuda dikuak dari luar. Beberapa uguwan marcaperkasa sudah bersiap sedia berdiri di hadapan pintu menyambut aku yang ingin turun dari kereta kuda. Salah seuguwan daripada mereka menyuakan tangan kepadaku.
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
FantasyCinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...