🔮Bab 5

14.6K 1.1K 67
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu,dikaulah permaisuriku."💍

Kaki melangkah memasuki satu ruangan yang kukira sebagai bilik mandi. Aroma kayu jati yang datang daripada dinding ruangan ini meningkatkan aura tradisional yang terpancar. Dan sesungguhnya aku sukakan aura seperti ini. Mata terpandang kolam mandian bersaiz sepuluh orang muat yang berberntuk bulat. Aku turut berhenti di hadapan kolam yang sedang meruap-ruap wap air ini, haruman yang begitu segar dan wangi terhasil daripada kelopak-kelopak bunga mawar yang ditabur dalam air. Saat seuguwan suri ingin membuka pakaian mandian ditubuhku, segera tanganku menahannya.

"Tidak usah." Serius aku menegah. Aku orang Islam, nabiku mengajarkan umatnya agar tidak mandi berbogel. Dimana-mana saja perlu ada rasa malu, malu dengan Allah yang Maha Melihat kalaupun malaikat itu juga tidak ikut serta masuk ke dalam tandas atau bilik air kerana ia tempat najis dan rumah iblis tapi Allah sentiasa melihat, tiada satupun tempat yang makhluknya boleh bersembunyi daripada pandangan Allah. Lagipula, mak tok juga pernah berpesan, orang yang mandi berbogel ini amat disukai oleh jin dan tubuh mereka sentiasa dijamah oleh pandangan mata makhluk halus saat berada di bilik mandi atau tandas. Maka berlindunglah dengan nama-nama Allah yang Maha Melindungi.

Sentuhan air mandian membelai lembut tubuh. Air yang berwarna putih susu ini seumpama sedang meresap masuk dan melembapkan kulit tubuh.

"Tuanku...tuanku permaisuri mahkota..." mataku terbuka perlahan-lahan apabila mendengar suara seseorang. Pandangan dihalakan sekilas ke arahnya dan memandang sekeliling. Ya Allah, dah berapa lama aku terlelap dalam kolam mandi ni?

"Patik rasa sudah lama tuanku berendam dan sudah tiba saatnya tuanku menyudahi siraman tuanku. " ujar suri Jelita dalam nada yang lembut sekali.

Perlahan-lahan aku bangkit dan melangkah keluar dari kolam mandi dengan dibantu oleh beberapa uguwan suri. Mereka mengelap tubuhku dengan sehelai tuala kemudian memakaikan sehelai gaun bertali halus dengan material kain satin ke tubuhku, gaun itu hanya separas lutut sahaja lalu sepasang jubah labuh berkain sutera disarungkan ke tubuh. Pada mulanya aku agak teragak-agak untuk menyarungkan pakaian yang tidak cukup kain itu tetapi kerana memikirkan mungkin pakaian ini hanya sementara dan aku juga tidak mahu berlama-lama lagi di sini kerana segera mahu membayar hutangku dengan Tuhanku, maka aku biarkan saja ia dipakaikan ke tubuh.

Setelah siap mengqadakan semua solat yang aku tinggal, aku keluar dari bilik pakaian untuk membiarkan mereka menyambung urusan mereka ke atas diriku yang tergendala.

"Tuanku duduk di sini dahulu ya sementara suri Ana dan suri Kuntum pergi mengambil pakaian untuk tuanku." ujar suri Jelita.

Saat mendengar makluman itu, aku berdoa agar pakaian yang akan sampai seterusnya ini lebih mampu untuk menjauhkan aku dari azab api neraka.

"Ini hanya pakaian salinan selepas mandi sahaja,tuanku. Pakaian tuanku yang sebenar akan tiba sebentar nanti." Dari jauh,dapatku lihat dua uguwan suri bergerak masuk ke dalam bilik pakaian yang aku masuki tadi untuk menggantikan solat. Saat siap berpakaian dan rambutku juga sudah dikeringkan dengan rapi oleh mereka, barulah aku dibebaskan semula daripada sebarang sentuhan.

Dari jauh aku melihat tiba-tiba pintu bilik ini dikuak dari luar oleh seuguwan. Wanita itu melangkah masuk ke dalam, dalam keadaan tergesa-gesa dan menuju ke arah kami. Aku yakin wanita ini juga pasti suri di sini kerana pakaiannya sama seperti suri Kuntum dan Suri Ana tetapi berbeza sedikit dengan pakaian suri Jelita,mungkin disebabkan pangkat suri Jelita yang lebih tinggi sebagai ketua suri di sini.

"Mahsuri..." seru suri itu perlahan lalu menarik suri Jelita sedikit menjauh dariku dan berbisik sesuatu di telinga suri Jelita.

Mahsuri? Apa tu? Nama suri Jelita ke? Atau gelarannya di istana ini? Mah?Suri? Oh! Mungkin itu gelaran untuknya sebagai ketua suri di istana ini.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now