🔮 Bab 11

18.3K 1.2K 133
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Aku termenung sendirian. Nafasku sedut dan hembus berulang-ulang kali. Aku fokus dan semakin fokus merenung objek tersebut.

Arghh!! Aku kebosanan. Sedari tadi hanya berdiri dan merenung air terjun di bawah sana sahaja. Aku nak sangat keluar dari kamar ini dan bersiar-siar di luar. Jangan kata bersiar-siar di luar istana, istana yang besar ya ampun ni pun aku tak pernah habis terokai lagi. Bukan apa, misteri bercampur gerun satu hal kemudian seumpama dikongkong satu hal. Pergi ke mana mesti ada yang mengiringi.

Huarghh! Tak bebas.

Suri Mawar ada memaklumkan kepada aku bahawa Raja Andhika telah pergi berburu di hutan bersama-sama marcaperkasa-marcaperkasa baginda dan juga seuguwan sahabat baiknya. Mereka bertolak sejak sebelum matahari terbenam yang lalu lagi. Maksudnya petang semalam lah tu. Patutlah tak masuk bilik semalam. Syukur alhamdulillah. Dia punya sahabat tu nama apa tah, aku pun tak ingat tapi itu bukan suatu persoalan dan masalah untuk aku sekarang ni. Persoalannya sekarang ni, kenapa dia tak bawa aku sekali? Aku bosan ni! Ayyo! Karang ada yang mati kebosanan dalam bilik ni sekarang. Sudah seharian aku di dalam bilik saja.

Aku mengerutkan dahi. Apa kau merepek ni Ada? Mana pernah ada seorang raja bawa permaisuri dia pergi berburu. Itu seorang, ini seuguwan la! Raja Andhika itu bukan orang! Alomak! Luperr la pulak. Muehehe. Dan satu hal, kau kena sedar diri la Ada. Buat apa dia nak bawa kau, bukan siapa-siapa kau ni. Jangan melebih ya! Sedar kedudukan kau. Ya-ya!

Namun perjanjian antara aku dan baginda beberapa malam yang lalu kembali bermain di ingatan. Syarat yang baginda kenakan ke atasku pula agar baginda mahu menerima syaratku ialah baginda boleh tetap menyentuhku dalam sentuhan-sentuhan yang ringan dan aku tidak boleh menghalang baginda jika tidak syarat itu akan terbatal. Maksudnya, aku masih kena tidur di atas satu ranjang yang sama, disentuh, dibelai oleh baginda dengan sesuka hatinya cuma 'hal' itu sahaja yang tidak dilakukan. Aku terpaksa menerimanya, aku tiada pilihan lagi. Susah untuk memahamkan makhluk asing ini.

Tapi satu hal yang paling aku takut selain dosaku terhadap Allah adalah ujian-Nya. Ujian-Nya di sini. Telapak tangan aku tekapkan di dada kiri. Ujian hati. Bagaimana jika Allah menguji aku dengan rasa cinta kepada baginda? Bagaimana kalau aku jatuh cinta terhadap baginda sebab entah kenapa bila kami berdua ini dekat, aku rasa macam kami berdua ni halal, kami dua ni tak ada batas pun sebenarnya. Ah tidak! Semua itu merepek! Semua itu adalah tipu daya iblis laknatullah saja tu.

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah segelisah ini dan aku tak pernah sejarang ini untuk tidak mengukir senyum. Kena beleter dengan mak tok atau mama sekalipun aku mampu tersengih dan berwajah selamba lagi tapi kali ni memang aku tak mampu bertenang, silap-silap memang aku tua cepat la jawabnya, asyik berkerut dahi dan gelisah saja.

Kalau ini bukan melibatkan syurga dan neraka aku, dosa yang besar. Aku tak akan tertekan seperti ini. Patut ke aku berpura-pura macam tak ada hal besar sangat kalau dah Allah sendiri letakkan aku di posisi ujian yang aku sendiri sudah tak boleh brain ni? Aku harap kalau Allah memang tak redha dengan keberadaan aku di sini, maka segeralah Allah tunjukkan aku jalan untuk terus keluar daripada dibelenggu permasalahan ini, kalau Allah tak tunjuk jalan, takdir aku masih saja tetap di situ. Maka aku yakin, Allah lebih Maha Mengetahui mengenai apa yang langsung tidakpun aku ketahui. Tapi aku....

Aku menggeleng kepala laju. Dah-dah! Lupakan sejenak sebelum tidak fasal-fasal banjir tanpa tsunami di dalam bilik ini. Sekarang apa yang aku kena buat ialah aku kena cari jalan untuk aku hilangkan rasa bosan aku. Tapi bagaimana? Curi-curi keluar istana lagi? Ish! Nanti tak fasal-fasal suri Mawar, suri Syahidah, suri Cendawan dan suri-suri lain yang jaga aku juga kena sebat. Takmo lah! Nauzubillahiminzalik!

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now