-Raja Andhika Sadewa-
"Beta seru namamu,dikaulah permaisuriku."💍
MATA dikuak perlahan-lahan. Objek pertama yang memenuhi pandangan terus membuatkan tubuh ini terbangun dari pembaringan. Langit-langit putih abu-abu itu begitu cukup jelas untuk mengingatkan aku kembali tentang keberadaanku sekarang dan apa yang telah terjadi kepada diri ini.
Aku memandang sekeliling, tiada satu pun makhluk yang bernama uguwan sakti itu berada di bilik ini. Syukur, aku keseorangan sekarang. Keadaan ini lebih baik daripada hanya menerima pandangan pelik daripada makhluk-makhluk itu. Aku ingin sahaja menggelarkan mereka itu juga sebagai manusia sepertiku tapi sudah jelas dan nyata wanita yang bergelar Ratu Permaisuri itu menyatakan mereka itu makhluk yang bernama uguwan sakti dan sempat dia menghina martabat golongan aku yakni manusia. Mereka itu ada cukup sifat yang menujukkan mereka itu sangat serupa seperti manusia, apa yang hebatnya mereka berbanding golongan spesies aku sehingga jelas begitu bangga sekali saat Ratu Permaisuri itu memperkenalkan golongan makhluk spesies mereka.
Ya, aku akui mereka ada rupa paras yang begitu menawan sekali sehingga tidak melampau dan berat mulut untuk aku mengatakan mereka itu bidadari walaupun pada hakikatnya aku pun tidak pernah melihat rupa bidadari sebenar dengan kedua-dua belah pancaindera penglihatanku ini tapi bukankah bidadari itu gambarannya terlalu cantik maka mereka itulah yang selayaknya juga dipanggil bidadari.
Adakah mereka ini sebenarnya bunian? Tetapi Ratu Permaisuri mereka menyatakan mereka ialah uguwan sakti atau mungkin uguwan sakti itu suatu golongan versi yang jahat bagi golongan bunian dan bunian itu golongan yang baik sebagai jin-jin Islam. Eh! Tidak juga. Mak Tok pernah bercerita ada beberapa versi cerita mengenai bunian iaitu bunian ini tercipta daripada elemen cahaya seperti malaikat manakala manusia sememangnya diciptakan daripada elemen tanah. Bunian terjadi hasil daripada perkahwinan antara golongan manusia dan jin. Bunian ini sama juga seperti manusia cuma bezanya mereka itu makhluk yang tercipta tanpa elemen tanah seperti manusia yang diciptakan dari tanah dan mereka itu halimunan atau ghaib. Ada juga yang mengatakan bunian ini sebenarnya sememangnya jin yang diciptakan daripada api. Ah! Aku tak pasti yang mana satu, pada hakikatnya, Allah lebih Maha Mengetahui. Aku ingat lagi mak tok pernah bercerita yang Allah pernah berfirman dalam Al-quran bahawa sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya ialah manusia jadi aku akan tetap teguh berpegang dengan kata-kata Tuhan Sekalian Alam ini bahawa golongan makhluk seperti aku adalah sebaik-baik ciptaan-Nya dan bagi aku Ratu Permaisuri uguwan sakti itu hanya terlebih bongkak sahaja,barangkali disebabkan kecantikan mereka yang luar biasa,mungkin.
Uguwan sakti ini makhluk apa? Aku pernah juga terbaca dalam sebuah buku yang berkisarkan tentang Yakjuj Makjuj hasil karya seorang penulis yang bernama Alexander apa tah ni, beliau ada menyatakan bahawa dalam dunia ini ada pelbagai jenis makhluk yang berbagai-bagai jenis bentuk dan rupanya cuma kita sebagai manusia sahaja yang tidak pernah lihat. Di bumi ini ada berlapis-lapis alam yakni alam manusia dan alam jin. Jadi aku rasa uguwan sakti ini pasti golongan jin. Tetapi persoalannya mereka ini jin titik ditengah ke titik dibawah? Eh silap-silap!
Persoalannya ialah mereka ini jin islam ke jin bukan islam? Oh yeay!
Tetapi jin dan bunian juga berbeza! Aduh! Pening nak fikirkan. Ada yang mengatakan bunian ini sebenarnya keturunan jin yang berkahwin dengan manusia. Wallahua'lam. Ya Allah, aku tahu di manapun aku berada, aku akan sentiasa berada di bawah perlindungan-Mu maka Engkau lindungilah hamba-Mu yang Maha Kerdil ini wahai Tuhanku yang Maha Pelindung. Aku menoleh ke sisi, posisi tubuh aku ubah beralih ke sisi katil untuk turun dari katil empuk ini. Macam disihir saja lah katil ni, best sangat bila bersentuhan dengan tubuh . Eh gurau sahaja lah! Barangkali disebabkan lapisan sarung tilamnya yang berbulu-bulu halus dan lembut maka apabila mengenai kulit tangan dan kakiku yang terdedah maka rasa dia memang lain macam. Sangat selesa.
YOU ARE READING
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔
FantasyCinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar...